Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tiada Pihak Pengaruhi Jabatan...

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara menafikan tohmahan yang disebarkan kononnya jabatan itu...

Gempa: Seluruh Kawasan Kundasang...

RANAU - Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang melanda Sabah pada...

Dulu Ganti Pasport Hilang...

TINDAS... Jika selama 60 tahun di bawah Barisan Nasional (BN), tiada sebarang penalti...

Ribut Terbangkan Bumbung Rumah...

KUALA PERLIS - Tidak sampai dua bulan menggantikan atap zink, lapan sekeluarga di...

Norkhiriah Dedah Nama Sering Ditolak Stesen TV

TERDAHULU pelakon berbakat besar, Nam Ron meluahkan rasa kesal apabila namanya ditolak oleh sebuah stesen televisyen popular tempatan gara-gara tidak mempunyai wajah yang kacak.

Baca: Namron Kesal, Nama Ditolak Stesen TV Tempatan

Terbaru pelakon, Norkhiriah pula turut mendedahkan bahawa dirinya pernah berhadapan isu yang sama sehingga mengaku sudah terbiasa dengan keadaan itu.

Malah dedahnya lagi, terdapat beberapa projek yang pada awalnya dipersetujui bersama namun dibatalkan pada saat-saat akhir dengan alasan nama tidak lepas oleh stesen televisyen.

Pendedahan itu dikongsi sendiri oleh pelakon wanita itu menerusi salah sebuah entri terbaru yang dimuat naik di laman instagram miliknya pada Khamis.

“Akak sudah tidak ada rasa dik. Sebab memang sudah selalu kena tolak satu masa dahulu. Sekarang pun ada rasanya.

“Dah nak mula penggambaran tiba-tiba kata nama tidak lepas. Aikkk? Masa berbincang dahulu katanya semua okay.

“Boleh dibilang dengan jari produksi dan pengarah yang betul-betul ‘berjuang’ kalau hendak ambil akak dalam cerita mereka,” kata pemilik nama sebenar Norkhiriah Ahmad Shafie itu.

ada budak tag sy nape msti tag akak dik?😁brgkali dia pn taw sy kerap kna rejek..dik..akak dh xde rs dik..psl mmg dh slalu kena rejek 1 ms dlu..skrg pn ada rsnya..dh nak sutin ttiba kata nama tk lepas..aikk masa deal ckp smua OK…blh dbilang dgn jari production/pengarah yg btl2 fight klu nk akk dlm cite drg..yg lain..akak fhm msg2 jg peyuk msg2..fenomena ni bkn skrg dik..dh lama dik..andai engkau hebat cmne pn namun x cukup sifat dmata manusia ttp x dpndang mlainkan wtk itu kena..mcm kena dera,org kg mati laki..ni org pgl lah kita..dan skrg bakat tolak tepi..follower dan komersial look itu penting..pas2 director/editor pecah pala nk edit tuk nmpk vas kt tb jnji mkcik bawang suka..sy tau ada pgarah/producer ada alasan meka tsendiri namun akak yg bwajah esotik ala2 african ni dah redha dik..cuma nasib akak masih baik..pasai bulan pose ni merasalah blakon #samarinda #nur sjenis cite yg meletup tbaboo..mmg xde lagi cite cenggitu kt msia..tima kasih tk thingga pada abg @budakijat yg tk putus2 bg rzki wtk hebat pd nor..nak mrasa dgn abg ezad @radiusone_official dgn @hj.zil jelaa klu nk wtk best pn..yg lain kdg ada tp pastu senyap…hahahahahaa apapun yakin dgn rzki Allah satu tertutup 10 akan Allah buka perancangan Allah itu Maha Hebat Buat abg b2 sabar yerr biarlah kita direjek manusia asalkan tidak direjek Allah sori weiii terbebel lak pagi ni oklah..nak mekap..sutin dulu🎬 mohon..takyah tag ssapa..ini skadar karangan dari sy..sapa2 tag..maaf sy DELETE😁

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on

Menurutnya lagi, fenomena dunia lakonan sekarang tidak lagi sama seperti dahulu yang menjadikan bakat sebagai keutamaan bagi menghasilkan karya berkualiti.

Sebaliknya kata Norkhiriah, zaman sekarang lebih mengutamakan penampilan dan rupa paras selain mempunyai pengikut yang ramai di laman sosial.

“Fenomena sekarang bukan macam dulu dik. Andai kata engkau hebat manapun tapi tidak ada rupa, tetap tidak dipandang melainkan waktu itu kena dengan watak.


“Contohnya, watak kena dera atau orang kampung mati laki, Haaa..orang panggillah orang macam kita ni.

“Zaman sekarang, rupa paras dan pengaruh follower di laman sosial itu lagi penting daripada bakat.

“Lepas tu, jenuh direktor nak sunting biar nampak ‘boom’ dekat kaca televisyen. Janji mak cik bawang suka,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun pelakon drama ‘Bedah Tong Gas’ itu meluahkan rasa syukur kerana masih menerima tawaran malah bakal muncul dalam sebuah drama drama berjudul Nur pada bulan Ramadan yang bakal berkunjung tiba tidak lama lagi.

“Cuma nasib akak masih baik. Sebab bulan puasa ni merasalah berlakon slot Samarinda berjudul Nur yang meletup! Memang tak ada lagi cerita macam tu kat Malaysia.

“Terima kasih tidak terhingga kepada abang @budakijat yang tidak putus-putus bagi rezeki watak hebat pada Nor.”

Di samping itu, Norkhiriah sempat menitipkan nasihat buat golongan selebriti agar sentiasa bersikap positif selain percaya rezeki Allah itu luas dan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori