Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Amy Tawan Annapurna, Tapi...

BARU-BARU ini, penyanyi rock legenda, Amy Search memberitahu peminatnya di media sosial bahawa...

Rakyat Mahu Bantuan BR1M...

PEKAN - Kumpulan pertama yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mengharap bantuan itu...

Malaysia Kalahkan Thailand 1-0,...

KUALA LUMPUR - Malaysia mengesahkan tempat ke pusingan akhir Kejuaraan Bawah 19 Tahun...

VIDEO: Lelaki Malu Dihakimi...

LUMRAH setiap manusia yang berjumpa dengan rakan-rakan yang telah terpisah setelah sekian lama...

Nora Anne Mati Akibat Kebocoran Usus, Bukan Dirogol

SEREMBAN – Hasil bedah siasat terhadap mayat Nora Anne Quoirin, mengesahkan remaja itu mati akibat kebocoran usus yang berpunca daripada tidak makan untuk tempoh panjang.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, berkata selain itu, remaja berusia 15 tahun itu dipercayai mati akibat tekanan berpanjangan.

Katanya, terdapat juga kesan calar kecil pada kaki mangsa, tetapi ia tidak menjurus kepada kematiannya.

“Mangsa dipercayai mati dua sehingga tiga hari sebelum mayatnya ditemui dan tidak lebih daripada empat hari.

“Hasil bedah siasat juga mendapati tiada kesan dirogol. Tiada juga elemen dilarikan atau diculik,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Mohamad berkata, beberapa sampel daripada tubuh Nora Anne diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.

Mengulas mengenai pejabat pendakwa raya Perancis yang membuka siasatan jenayah terhadap kes Nora Anne, beliau berkata, tidak mengetahui mengenai perkara itu.

“Bagaimanapun, pihak Perancis, Ireland dan United Kingdom terbabit dalam membantu siasatan kes ini,” katanya.


Mengenai mayat Nora Anne yang kini masih berada di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, Mohamad berkata, keluarga dibenarkan mengambil mayat anak mereka pada bila-bila masa.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini keluarga masih belum membuat sebarang persiapan berkenaan perkara itu.

Sementara itu, Mohamad berkata, polis sudah menerima laporan seorang pengguna laman sosial Twitter yang memuat naik ciapan mendakwa remaja Ireland itu dirogol Orang Asli dan usaha mengesan pemilik laman sosial terbabit sedang dilakukan.

Semalam, proses bedah siasat mayat Nora Anne dijalankan bermula jam 11.45 pagi sehingga jam 9 malam.

Proses itu dikendalikan Pakar Patologi Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Siew Sheue Feng dan Pakar Forensik HTJ, Dr. Hanif Mohammad.

Mereka dibantu pakar dari Jabatan Kimia, Dr. Aidora Saedon dan dari Jabatan Forensik, Sufian Arshad Ahmad. – BH Online

Kategori