Nokia 130: Telefon Dengan Kadar Bateri Bertahan Sebulan

Sama ada anda inginkan telefon mudah alih ‘kedua’ anda atau sebagai ‘telefon kecemasan’ anda dikala bercuti, Nokia 130 sememangnya sebuah peranti yang anda harus miliki.

Nokia 130 dilihat memfokuskan kepada pengguna di negara-negara membangun, disamping bagi mereka yang inginkan telefon kedua pada harga rendah.

Ia hadir dengan variasi dwi-SIM, dimana ia turut menyertakan beberapa fungsi menarik termasuk pemain MP3, radio FM, serta sokongan kad SD.

Dengan fungsi kad-SD, pengguna boleh menyimpan video dan fail multimedia lain, dan menikmatinya melalui peranti ini walaupun skrin boleh dikatakan agak kecil untuk tujuan tersebut.

Nokia-130-hero-2-jpg

Untuk tujuan memainkan lagu, ia dikatakan boleh memainkan sehingga selama 46 jam dengan satu cas penuh.

Selain daripada itu, masa bertahan bateri untuk Nokia 130 adalah sehingga 36 hari untuk versi satu SIM, dan sehingga 26 hari untuk versi dwi-SIM.

Peranti ini hadir dalam pilihan warna merah, hitam, dan putih, serta menyertakan skrin berwarna bersaiz 1.8-inci.

Microsoft dilihat akan terus mengeluarkan peranti pada harga rendah ini memandangkan mereka tidak mempunyai sebarang siri peranti untuk bahagian telefon asas ini.

Nokia 130 ini dijangka dijual pada harga €19 (RM81.13), dan akan mula ditawarkan dalam masa beberapa bulan lagi di beberapa negara terpilih.

Sumber: NOKIA

Oleh: hzqahmd

Leave a Reply