Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pelan Penstrukturan Semula MAS...

KUALA LUMPUR - Pelan penstrukturan semula yang radikal untuk memulihkan Malaysia Airlines (MAS)...

RM24 Juta Selenggara Rumah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan meluluskan peruntukan lebih RM24 juta melalui Program...

180 Positif Membabitkan Kluster...

SEBANYAK 180 kes positif Covid-19 membabitkan kluster Pusat Bandar Utara dan di sekitar...

Selain Sentinel, Ini 5...

KEJADIAN seorang pendakwah Kristian dari Amerika Syarikat, John Allen Chau dibunuh oleh anggota...

Noh Kagum Lihat Ketabahan Isteri

PUTRAJAYA – Vokalis Hujan, Noh Salleh kagum dengan ketabahan dan kesabaran isterinya, Mizz Nina sepanjang lima hari mereka bersama menjayakan misi kemanusiaan di Syria ketika Aidiladha lalu.

Noh yang ditemui di Karnival GegaRia anjuran Media Prima Berhad di Parkir Istana Kehakiman Putrajaya, di sini, berkata mereka berdepan dugaan mencabar apabila cuaca terlampau panas mencecah 45 darjah Celsius sepanjang di negara itu.

“Cuaca terlampau panas hingga saya sendiri sukar bertahan. Namun, saya memuji kesabaran Nina yang begitu tabah mengharungi ujian itu. Dia langsung tidak merungut, malah kental menyempurnakan misi amal itu,” katanya.

Anak jati Sarawak itu berkongsi pengalaman menyertai misi kemanusiaan di booth #KitaPunya Lifestyle pada acara tiga hari yang bermula hari ini.

Menjelaskan lebih lanjut, Noh berkata, dia kini memberi keutamaan kepada misi kemanusiaan dan sanggup meletakkan kerjaya seni pada tangga kedua.

Katanya, setiap misi kemanusiaan yang dilakukan memberi pengalaman baharu, sekali gus membuka matanya terhadap erti perjuangan dan kehidupan yang sebenar.


“Setiap misi memberi kesedaran, malah membawa makna yang berbeza untuk dihayati. Disebabkan itu, saya memilih untuk meletakkan misi kemanusiaan pada tangga paling atas, manakala muzik pada tempat kedua.

“Alhamdulillah, saya sudah mencapai apa yang saya inginkan dalam bidang seni. Kini tiba masanya untuk saya memberi semula kepada masyarakat, terutama mereka yang memerlukan bantuan.

“Terpulang kepada mereka di luar sana untuk menilai prinsip saya. Apa yang pasti, saya puas dan gembira dengan usaha yang saya lakukan. Sukar diungkapkan perasaan apabila melihat raut wajah gembira mereka yang menerima bantuan,” katanya. – BH Online

Kategori