Nipsey Hussle Mati Selepas Ditembak Berkali-Kali

51

RAPPER terkenal antarabangsa, Nipsey Hussle mati selepas ditembak beberapa kali di luar kedai pakaian miliknya di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Hussle, 33, yang pernah dicalonkan dalam senarai akhir Anugerah Grammy ditembak sekitar pukul 3.20 petang Ahad (waktu tempatan).

Artis berkenaan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Dua lagi mangsa lain dilaporkan turut cedera dalam insiden yang mengejutkan ramai itu.

Polis Los Angeles berkata, sejurus selepas insiden berkenaan, Hussle dan dua lagi mangsa lain dibawa ke hospital.

“Kita belum mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek pada masa sekarang dan akan diumumkan sebaik memperolehnya,” kata pihak berkuasa berkenaan di laman Twitter.


Hussle atau nama sebenarnya, Ermias Asghedom dibesarkan di selatan Los Angeles dan pernah beberapa kali namanya disebut sebagai gangster jalanan ketika usia remajanya.

Album sulungnya, Victory Lap dicalonkan dalam kategori Album Rap Terbaik dalam Anugerah Grammy pada 11 Februari lalu. – Agensi