Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

Kecoh Bekas MB T’ganu...

KUALA TERENGGANU - Cubaan mantan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang...

Kerajaan Sabah Terus Laksana...

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri Sabah akan terus melaksanakan semua projek yang telah...

Bayaran BNM, Khazanah Diguna...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MoF) mengesahkan laporan yang disiarkan The Wall Street...

Azwan Kombos Sah Bergelar...

SEKALUNG tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti tanah air iaitu Azwan Kombos dan juga...

Nilai Kekayaan Orang Kaya Malaysia Merosot

WALAUPUN Robert Kuok kekal berada di kedudukan individu paling kaya di Malaysia dengan nilai kekayaan mencecah AS$12.8 bilion (RM52.34 bilion), namun ia mungkin bukan berita menggembirakan buat mereka.

Ini kerana menurut Forbes yang mengeluarkan Senarai Forbes Orang Kaya di Malaysia, nilai kekayaan 30 orang dalam senarai itu semakin menguncup dengan hanya 11 sahaja menikmati keuntungan.

Sama ada ia melibatkan perniagaan dalam sektor penerbangan hinggalah pembuatan, hartanah dan perkhidmatan penghantaran, kesemuanya tidak memberi sinar yang cerah buat golongan ini kerana pertumbuhan ekonomi berkembang dengan kadar perlahan.

Bagi Kuok, nilai kekayaannnya juga susut AS$2 bilion (RM8.18 bilion).

“Pasaran saham Malaysia juga menyaksikan penurunan apabila FBM KLCI susut lapan peratus sejak 12 bulan lalu dan ringgit pula jatuh tiga peratus berbanding dolar AS. Tahun yang berlaku ketidaktentuan politik ini turut menyumbang kepada keadaan ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Paling terjejas ialah Wong Thean Soon yang berada dalam kedudukan ke-48 orang kaya di Malaysia apabila nilai kekayaannya merosot 63 peratus kepada AS$280 juta (RM1.14 bilion) berikutan saham syarikatnya, MyEG Services menerima kesan yang teruk selepas Pilihan Raya Umum ke-14 kerana dikaitkan dengan kerajaan sebelum ini.

Malah, pelabur terbesar dalam syarikat itu, Datuk Dr. Norraesah Mohamad, satu-satunya wanita dalam senarai Forbes itu, juga jatuh daripada kedudukan berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Kategori