Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Maszlee Nafi Terlibat Rasuah,...

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik menyangkal dirinya terlibat...

Suami Tetak Isteri, Mentua...

KOTA TINGGI – Hanya kerana selisih faham kerana wang seorang pemandu lori dijatuhi...

Putri Mardiana, Pasangan Mengaku...

PELAKON kontroversi Putri Mardiana Zainal Abidin dan pasangan Shahrizam Abdullah, hari ini mengaku bersalah di Mahkamah...

Menjadi ‘Penunggu’ Di Mara...

KUALA LUMPUR - Premis perniagaan di Mara Digital Mall Kuala Lumpur satu ketika...

Nikki, Ivanka Calon Terajui Bank Dunia

WASHINGTON – The Financial Times melaporkan bekas Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan anak perempuan Presiden Donald Trump, Ivanka Trump adalah calon yang bakal menggantikan Presiden Bank Dunia, Jim Yong-kim.

Isnin lalu, Yong-kim mengumumkan beliau akan memendekkan tempoh perkhidmatannya sebagai presiden bank itu, iaitu lebih tiga tahun sebelum penggal keduanya tamat.

Akhbar itu juga melaporkan, selain Trump dan Haley, yang meletakkan jawatan sebagai Duta Amerika Syarikat ke PBB pada bulan lalu, calon lain yang dicadangkan untuk menerajui Bank Dunia, adalah Setiausaha Rendah Perbendaharaan (Hal Ehwal Antarabangsa), David Malpass dan Ketua Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat, Mark Green.

Pada 2017, Ivanka berjaya membantu memperoleh dana Bank Dunia sebanyak AS1 bilion (RM4.09 bilion) yang disokong Arab Saudi bagi mempromosi program keusahawanan dalam kalangan wanita.

Sementara itu, Jabatan Perbendaharaan ketika dihubungi semalam, enggan mengulas lanjut mengenai calon yang berpotensi mengisi kekosongan jawatan itu.


Menurut jurucakapnya, jabatan itu sudah menerima beberapa cadangan yang sesuai untuk jawatan berkenaan.

“Kami sudah memulakan proses penilaian dalaman bagi calon dari Amerika Syarikat. Kami akan bekerjasama dengan anggota pengelola untuk memilih ketua baharu,” katanya. – Agensi

Kategori