Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hubungan Cinta Nora Danish,...

SETELAH pelbagai spekulasi timbul sejak akhir-akhir ini tentang hubungan kasih yang terjalin antara...

Bayi Ditanam Hidup-Hidup Berjaya...

APALAH dosa bayi perempuan ini hingga tergamak ibunya menanamnya hidup-hidup? Nasib baik sekumpulan...

Nestle Bakal Lancar Produk...

GENEVA - Berita baik bagi penggemar coklat! Nestle mengumumkan bahawa ia berjaya menemui...

Suami Isteri Maut Motosikal...

KUALA LANGAT : Sepasang suami isteri Orang Asli maut motosikal yang ditunggang mereka...

Nik Nazmi Tegur Kerajaan Berkenaan GLC

KUALA LUMPUR – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad mengakui keputusan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional meletak jawatan beramai-ramai baru-baru ini merupakan satu perkara yang dikesali.

Justeru, katanya, kerajaan PH harus mengambil langkah tangkas memastikan Khazanah Nasional dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lain kekal bebas dan dikendalikan secara professional.

“Ini adalah untuk memastikan perletakan jawaran beramai-ramai ahli lembaga pengarah dan eksekutif kanan GLC/GLIC serta badan korporat lain seperti yang kita saksikan beberapa bulan ini tidak berlaku lagi.

“Kerajaan PH mesti memastikan kepimpinan syarikat GLC kekal stabil kerana ia amat penting untuk ekonomi Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Nazmi berkata, kerajaan PH perlu juga mengiktiraf perubahan positif yang berlaku dibawah begitu banyak GLC atas seliaan kepimpinan Khazanah Nasional.

“Matlamat kita adalah reformasi, bukan dendam,” katanya.


Menurut beliau, GLC di bawah pentadbiran baru ini perlu menjadi badan yang berdaya maju dan bertanggungjawab sosial serta bebas campur tangan luar dalam urusan perniagaan.

“Saya juga berharap kerajaan akan mendengar dan mengambil kira pandangan pihak berkepentingan apabila hendak memutuskan nasib GLC dan GLIC.

“Apa yang paling penting setiap kali keputusan dibuat adalah agar kepentingan syarikat-syarikat ini dan kepentingan negara dijaga,” katanya. – MYNEWSHUB.TV

Kategori