Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Video Pre-Wed.. Sharifah Sakinah...

MEMANG unik dan lain daripada yang lain video pra perkahwinan dan save the...

2 Lapangan Terbang Utama...

DAMASCUS: Perkhidmatan dua lapangan terbang utama di Syria terpaksa dihentikan selepas serangan dilakukan...

Ambuyat Tarikan Terkini Pelancongan...

BEAUFORT - Ambuyat, sejenis hidangan yang dihasilkan daripada bahagian dalam batang sagu sawit,...

Tok Mat Harapan Malaysia...

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) tidak menolak kemungkinan kemelesetan ekonomi global akan berlaku pada...

Nik Jaafar Penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2018

PUTRAJAYA – Tokoh agama dan guru al-Quran Datuk Nik Jaafar Nik Ismail dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2018.

Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan anugerah berkenaan kepada Nik Jaafar pada sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Nik Jaafar, 82, menerima wang tunai RM50,000, sebuah trofi dan sijil penghargaan.

Nik Jaafar yang mendapat pendidikan awal di sekolah rakyat dan pondok sebelum melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan pernah menerima Anugerah Maulidur Rasul pada tahun 1955.

Beliau juga dipilih sebagai tokoh Hijratul Rasul Kelantan pada tahun lepas.

Nik Jaafar merupakan hakim Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa sejak 1993 sehingga sekarang.


Beliau juga merupakan pakar rujuk al-Quran dan Tarannum peringkat kebangsaan dan antarabangsa di mana beliau merupakan antara penggubal kurikulum al-Quran dan Tarannum Kementerian Pendidikan.

Empat lagi penerima Anugerah Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun ini, masing-masing menerima wang tunai RM20,000, sebuah trofi serta sijil penghargaan.

Mereka ialah pakar rujuk ibadah haji, Dr Anisah Ab Ghani; Pengarah Ukur Bahagian (Ehwal Persempadanan) Jabatan Ukur dan Pemetaan, Dr Azhari Mohamed; aktivis Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Yaakob Lazim; ahli perniagaan dan dermawan, Datuk Abd Rahman Ibrahim.

Hadir sama pada sambutan tahun ini ialah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ​​​serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof. – BERNAMA

Kategori