Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penganjuran Majlis Sosial Dibenarkan...

PUTRAJAYA - Kerajaan membenarkan penganjuran majlis sosial termasuk majlis perkahwinan mulai 1 Julai, kata...

Martinez Cadang Hazard Tinggalkan...

PENGURUS Belgium, Roberto Martinez mencadangkan pemain bintangnya Eden Hazard patut meninggalkan Chelsea musim...

Istiwa’ A’zam Tentukan Arah...

"ALHAMDULILLAH, dengan izin Allah yang memberikan peristiwa Istiwa' A'zam pada petang ini, dapatlah...

Celcom Tawar iPhone 7...

KUALA LUMPUR - Celcom Axiata Bhd akan menawarkan model iPhone paling canggih dan...

Nik Aziz Kurang Senang Dengan Pakatan Masa Hidup

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan dakwaan hubungan PAS dengan pakatan pembangkang yang diketuai DAP menjadi teruk sejak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia.

Beliau sebaliknya menjelaskan, sebelum Allahyarham Nik Abdul Aziz meninggal dunia, Mursyidul Am PAS itu telah menghidu sikap DAP dan banyak kali berbincang mengenai perkara itu dengannya tanpa pengetahuan orang lain.

“Bahkan sikapnya (Nik Abdul Aziz) konsisten bahawa DAP dan Pakatan Rakyat ketika itu jangan melanggar sempadan sehingga mengacau prinsip perjuangan parti masing-masing.

“Sebenarnya Tuan Guru Nik Aziz sendiri sudah menyatakan tidak senang dengan sikap DAP dan Pakatan Rakyat yang makin terbuka menunjukkan perkara-perkara yang negatif terhadap hubungan agama dan kaum,” katanya dalam satu wawancara bersama sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini.

Abdul Hadi berkata, selepas ketiadaan Nik Abdul Aziz, DAP semakin lantang menentang perjuangan Islam PAS dengan bantuan beberapa pimpinan PAS untuk melakukan kekacauan keatas PAS.

Beliau menjelaskan, pimpinan PAS yang kini telah meninggalkan parti itu pada waktu itu menjadi broker kepada Pakatan Rakyat untuk memaksa PAS menurut cakap mereka.

“Tapi PAS ada prinsip dan PAS masih kekal hingga hari ini kerana Islam yang menjadi dasarnya di samping bersikap terbuka dan fleksibel dari sudut pendekatan.


“Kepimpinan PAS sekarang mewarisi perjuangan kepimpinan terdahulu khususnya Tuan Guru Nik Aziz yang meninggal di dalam PAS dan tidak pernah pun keluar PAS dan konsisten bercakap tentang Islam di Parlimen,” katanya.

Sementara itu, beliau memohon rakyat bukan Islam tidak berasa bimbang dengan usaha memperkasakan undang-undang syariah di negara ini melalui pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU355.

“Hanya ahli politik yang kemaruk kepada undi sahaja hilang kewarasan apabila mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat bukan Islam untuk menolak pindaan Akta 355 ini,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori