Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Covid-19: Kluster Sungai Babitkan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa satu kluster baharu iaitu...

Raja Bahrin, Noryn Aziz...

AHLI Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad mengesahkan bahawa...

Kecoh Amyra Hamil Rupanya...

PELAKON Amyra Rosli menafikan dirinya kini hamil anak kedua seperti yang tular tersebar menerusi...

Kabel Dasar Laut Sea-Me-We...

SINGAPURA - Kabel dasar laut Asia Tenggara-Timur Tengahh-Eropah Timur 5 (SEA-ME-WE 5) berjaya...

Niena Baharun Nafi Bercinta Dengan Muslim Ahmad

PELAKON baharu, Niena Baharun atau nama sebenarnya Amaniena Baharun, 23, menyangkal dakwaan mengatakan dia sedang berkawan rapat dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Muslim Ahmad.

Menurut Niena, dia hanya berkawan dan mengenali Muslim sebagai kenalan sahaja, tidak lebih daripada kawan biasa.

Mohd Muslim Ahmad.
Mohd Muslim Ahmad.

“Itu semua tidak benar. Saya tidak pernah berkawan rapat dengan dia. Jauh lagi nak bercinta pula.

“Tetapi, saya mengenali dia melalui kawan atas kawan. Itu sahaja hubungan kami, tidak lebih daripada itu,” katanya kepada mStar Online.

Walau bagaimanapun, Niena mengakui kini dia sedang berkawan rapat dengan seorang lelaki bergelar ahli perniagaan.


Bagaimanapun dia belum bersedia untuk menghebohkan tentang hubungannya dengan lelaki tersebut kerana kerjayanya sebagai pelakon baharu saja bermula.

“Ya saya ada berkawan dengan seorang lelaki tapi kalau boleh saya tak mahu dedahkan identitinya lagi. Saya belum sedia berkongsi tentang hal peribadi itu,” katanya.

Tambah Niena, dia beryukur namanya semakin mendapat tempat dalam industri seni selepas drama Sayangku Kapten Mukhriz mendapat sambutan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori