Ni Bukan Kluster Kayangan Ni, Kalau Begini

SAYA tak tahu nak cakap apa dengan sebilangan rakyat Malaysia yang tak reti nak hargai usaha KKM. 

Lewat malam tadi, satu video telah dimuatnaikkan merakam prosedur sampling nasopharynx dan oropharynx yang dijalankan di sebuah hotel. Seperti yang saya katakan, prosedur ini perlu dilakukan di kawasan terbuka dan tidak berhawa dingin. 

Bila terbuka, amat mudah ada PUS yang ambik kesempatan untuk merakam video atau ambil gambar. Lazimnya kami akan tegur dan minta delete. 

Tapi semalam, kami sangat sibuk. 849 sampel kami perlu habiskan dalam masa 5 jam supaya ia tak berlarutan sampai petang. 

Kenapa kami tak nak ia dirakam?

Sebab ia nampak menakutkan dan boleh timbul salah faham. Setiap orang ada tahap sakitnya sendiri. Banyak masa, prosedur nampak mengerikan tapi hakikatnya tidak. Dan prosedur ini pula tak ambil masa lama pun. Dua minit pun tak sampai kalau pesakit bagi kerjasama. 

Tapi kalau pesakit awal-awal lagi dah tengok video sebegini, mereka akan jadi takut dan tertanam dalam minda mereka, prosedur ini sangat menyakitkan. Padahal tak semestinya. 

Ada orang yang kata sakit. Ada yang kata tak selesa. Ada yang kata ok sahaja. Sebab tahap kesakitan masing-masing berbeza. 

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Tapi semua akan setuju yang kalau sakit, ianya hanya untuk beberapa minit sahaja. 

Kalau kita faham dan boleh bersabar sikit, saya pasti mudah kerja kami yang sedang pakai sut PPE ini. Di saat kami membuatkan anda tak selesa tak sampai 5 minit, kami berada dalam kepanasan macam kena panggang selama 2 hingga 5 jam!

Jadi bersabarlah sekejap. Nampak sakit atau ngeri, tak semestinya begitu. 

Kalau orang bersalin pun, kalau dinilai tahap sakitnya, jauh lebih teruk, sampaikan terjerit-jerit tapi kita tahu ianya cuma satu proses sementara. Dan hasilnya adalah satu kebaikan. 

Tapi kalau tengokkan komen, memang boleh panas hati. Ada yang kata kami Kurang ajar dan Tidak Professional. Apa yang kurang ajar?

Kerana perlu ambik swab dengan betul? Apa yang tak professional? Kerana tak bagi sedation untuk prosedur yang hanya makan masa tak sampai 2 minit?

Ni bukan kluster kayangan ni, kalau begini. Ni kluster ‘Hang duduk la kat Singapore sinun, takyah balik Malaysia, nyusahkan orang!

#KitaJagaKita
#Covid19
#Membebelsayang

Sumber: Facebook Sakinah Sulong

Loading...