Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Faz Tengok Beauty &...

SUSULAN kontroversi penayangan filem Beauty and the Beast di Malaysia, pelakon Nur Fazura...

50 Cedera Serangan Gas...

DAMSYIK - Sekurang-kurangnya 50 orang awam dirawat semalam selepas dipercayai terhidu gas beracun...

Mansuh SOSMA Tiada Dalam...

PUTRAJAYA - Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak tersenarai sebagai akta...

Harga Petrol RON97 Naik...

PETALING JAYA - Harga petrol RON97 akan naik 14 sen daripada RM2.53 kepada...

NGO Lapor SPRM Isu Kilang Proses Plastik Haram Kuala Langat

SHAH ALAM – Persatuan Tindakan Alam Sekitar Kuala Langat hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat isu kilang memproses sisa plastik haram di daerah itu.

Pengerusinya Tan Ching Hin berkata laporan itu dibuat selepas beberapa pertemuan di antara persatuan dan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) gagal membuahkan hasil.

“Kami juga mahu SPRM menyiasat sama ada terdapat penyalahgunaan kuasa dalam kalangan pihak berkuasa kerana ada kilang yang dilihat seakan kebal dan masih beroperasi walaupun tidak ada lesen dan ada yang beroperasi secara senyap-senyap,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan itu di SPRM Selangor di sini.

Beliau tiba di pejabat SPRM kira-kira 12 tengah hari bersama dokumen berkaitan sebelum keterangannya diambil selama tiga jam.

Mengulas lanjut, Tan mendakwa walaupun terdapat operasi dijalankan oleh MDKL untuk menutup kilang-kilang haram itu, ada sebahagian didapati kembali beroperasi.

“Kilang ini macam tahu bila ada operasi oleh pihak berkuasa kerana bila ada operasi mereka akan berhenti memproses sisa plastik,” katanya.


Semalam, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim dilaporkan berkata satu kertas siasatan berhubung isu berkenaan telah dibuka pada Julai lepas bagi menyiasat kemungkinan wujud isu rasuah dalam perkara berkenaan.

Sebanyak 41 kilang memproses sisa plastik haram dilaporkan beroperasi di Kuala Langat dan menimbulkan pelbagai risiko kesihatan termasuk kanser kepada penduduk sekitar.

Operasi kilang memproses sisa plastik di daerah itu dilaporkan bermula kira-kira dua tahun lepas dan menjadi semakin berleluasa sejak Februari tahun ini selepas beberapa syarikat membawa masuk sisa plastik dari luar negara antaranya China dan New Zealand. – BERNAMA

Kategori