Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kadar Tol Kereta Di...

KUALA LUMPUR - Kadar tol untuk kategori kereta persendirian di Jambatan Kedua Pulau...

Rumah Kediaman Tidak Terjual...

KUALA LUMPUR - Kediaman tidak terjual meningkat 30.6 peratus kepada 32,313 buah pada...

BN Jangka Tawan Lebih...

KUCHING - Tempoh kempen kini memasuki fasa pertengahan dan Barisan Nasional (BN) Sarawak...

Keputusan Lepas Tanpa Bebas...

MUAR : Mahkamah Tinggi Muar hari ini membatalkan keputusan untuk melepas tanpa membebaskan...

Ngeri… Mati Dengan Headphones Masih Di Kepala

SEORANG wanita tidak menyangka teman lelakinya yang tidak dapat dihubungi dalam beberapa hari, telah mati dalam keadaan mengerikan di kediamannya di Samut Prakarn, Bangkok petang kelmarin.

Runroj Soha, 24, ditemui mati dengan headphone masih berada di kepalanya dan disambungkan pada komputer.

Siasatan awal mendapati mangsa mengalami renjatan elektrik dan polis Bangsaothong percaya Runroj mungkin sudah meninggal dunia sejak dua hari lalu.

demnn4

demn3

Menurut teman wanitanya Hormmali, kali terakhir mereka berhubung adalah melalui mesej di Facebook pada Jumaat lalu. Ketika itu mangsa tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pelik.

Bagaimanapun, Hormmali hairan apabila Runroj langsung tidak menghubunginya selepas beberapa hari, membuatkan dia mengambil keputusan pergi ke kediaman teman lelakinya yang tinggal berseorangan itu.

Setibanya di rumah Runroj, Hormmali cuba membuka pintu rumah menggunakan kunci pendua namun gagal kerana ia terkunci dari dalam.


Apa yang memelikkan, dia terhidu bau busuk dari dalam rumah tersebut.

Bimbang kejadian buruk berlaku, Hormmali meminta bantuan pengawal keselamatan pangsapuri tersebut.

Pihak pengawal keselamatan terpaksa memanjat tingkap rumah teman lelakinya dan terkejut apabila mendapati Udon telah meninggal dunia.

Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk dibedah siasat bagi mengenalpasti punca sebenar kematian. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Thaivisa

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori