Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Perbuatan Peserta Bersih 4...

KUALA LUMPUR - Perbuatan penyokong DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memijak-mijak gambar...

Zizan Razak Bakal Beraya...

PENGALAMAN beraya di Tanah Suci tahun lalu menggamit perasaan Zizan Razak untuk ke...

Bomba Selesai Bina 20...

ALOR GAJAH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah selesai membina 20...

Ong Kim Swee: Lupakan...

EKORAN kekalahan memalukan dibelasah 10-0 oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE), ketua jurulatih sementara...

Ngeri!!! Digilis 3 Kereta Hingga Terputus Dua

HULU SELANGOR – Seorang penunggang motosikal ditemui mati terputus dua selepas dipercayai digilis beberapa kenderaan dalam kemalangan di kilometer 406.2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, mayat Muhammad Fakhrur Razi Mohd Khir, 21, ditemui berhampiran besi pembahagi jalan di tengah lebuh raya tidak jauh dari motosikalnya.

Ngeri!!! Digilis 3 Kereta Hingga Terputus Dua

Difahamkan, dalam kejadian itu tiga kenderaan iaitu dua jenis Honda City dan sebuah Mazda 6 dilaporkan mengalami kerosakan pada bahagian depan kereta selepas terlanggar objek yang tidak dikenal pasti di lorong kanan lebuh raya berkenaan dipercayai motosikal mangsa.

Bagaimanapun, semua pemandu kenderaan tersebut dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, kemalangan membabitkan motosikal itu hanya dapat dikesan selepas tiga pemandu terbabit melaporkan kenderaan mereka rosak kerana terlanggar objek di lebuh raya.

Menurutnya, pemeriksaan menemui motosikal mangsa melintang di lorong kanan sebelum menemui cebisan mayat mangsa di pembahagi jalan di tengah lebuh raya.


“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh tampil di mana-mana balai berhampiran untuk membantu siasatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kubu Bharu di talian 03-60641222,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan…

Kategori