Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tok Pa Pemimpin Yang...

APA khabar Tok Pa? Lama tidak dengar cerita? Itu soalan pertama saya semasa...

Zahid Luang Masa Lawat...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan...

Graham Dapat Balasan Kerana...

NAMA Graham tiba-tiba menjadi popular di bandar Warwick walaupun dia tidak dikenali. Ini...

Anak Menyimpan Selama 10...

SELEPAS 10 tahun menabung, akhirnya dua beradik telah berjaya membeli hadiah untuk ibu...

Neymar Bukti Reputasi Benam Liverpool

PARIS – Penantian Paris Saint-Germain (PSG) untuk menyaksikan aksi terbaik daripada bintang sensasi Brazil, Neymar akhirnya menjelma ketika kelab itu menewaskan Liverpool 2-1 dalam saingan Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Pemain termahal dunia itu meledak gol kemenangan buat PSG sekali gus mengelak daripada tersingkir di peringkat kumpulan.

Gol ke-14 yang dijaringkannya musim ini bermula dengan gerakan yang diciptanya di tengah padang sebelum tenang menyudahkannya bagi meletakkan PSG selesa di depan.

Dia kemudian meraikan jaringan berkenaan dengan menari di tempat sepakan sudut bersama Kylian Mbappe selain bergaya di depan kamera.

“Bagi kami, perlawanan ini adalah cukup penting yang menentukan nasib kami. Kami bergelut pada awal tetapi kami lega akhirnya mencatat kemenangan, bermain dengan baik dan membuktikan kekuatan sebenar pasukan ini.


“Kami perlu meraikannya. Selepas perlawanan, kami menjerit, melompat, menari dan kami cukup gembira,” kata Neymar.

PSG bakal tersingkir jika tewas dalam perlawanan itu tetapi mereka kini mengatasi Liverpool dalam saingan Kumpulan C dan akan berkunjung bagi menentang Red Star Belgrade dua minggu lagi dengan tempat ke pusingan kalah mati sudah terjamin.

Ia adalah malam yang cukup besar buat Neymar apabila ia disifatkan perlawanan penting buat PSG sejak aksi kedua pusingan 16 terbaik menentang Real Madrid musim lalu yang menyaksikan dia tidak dapat beraksi kerana mengalami kecederaan. – AFP

Kategori