New Zealand Papar Peta Iktiraf Palestin

WELLINGTON – Laman web rasmi kerajaan New Zealand mencuri perhatian kerana memaparkan sebuah peta Asia Barat yang menidakkan kewujudan Israel dan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.

Lapor Presstv, peta berkenaan dimuat naik di laman web Jabatan Imigresen New Zealand sebagai lembaran fakta tentang kehadiran imigran Palestin ke negara itu.

Laman yang dirujuk sebagai penindasan besar-besaran warga Palestin itu turut menerangkan tentang sekatan ekonomi dan sekatan-sekatan lain yang diwujudkan Israel di Gaza.

Lembaran fakta itu turut mengiktiraf al-Quds di timur Baitulmuqaddis sebagai pusat pemerintahan kerajaan Palestin.

Laman tersebut bagaimanapun digugurkan selepas beberapa aduan timbul di media sosial.

Institusi Israel di New Zealand menggesa menteri imigresen membuat permohonan maaf dengan kadar segera dan pada masa sama menuntut pengesahan bahawa perkongsian imej tersebut tidak menggambarkan polisi kerajaan.- Agensi

Loading...