Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

Suami Tetak Isteri, Mentua...

KOTA TINGGI – Hanya kerana selisih faham kerana wang seorang pemandu lori dijatuhi...

Ismail Sabri Tiba Di...

JAKARTA - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Jakarta, Indonesia...

Teliti Cadangan Mekanisme Penetapan...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersetuju dengan...

Khairy Ucap Tahniah Kepada...

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Pencegahan...

New Year Pool Party ‘Melampau’ Di Taman Tema

SUDAH menjadi kebiasaan setiap tahun pasti acara sambutan tahun baru akan menjadi pilihan anak muda-mudi bagi meraikan kedatangan kalendar baharu.

Pelbagai tempat hiburan telah menawarkan kemeriahan menyambut kedatangan tahun 2018 baru-baru ini termasuklah di sebuah taman tema air terkenal, Lost World Of Tambun di Ipoh, Perak.

Tetapi apa yang tidak enak ialah banyak video ketika acara itu tular di media sosial sehingga membuatkan ramai netizen berang kerana pergaulan bebas berlaku semasa di salah sebuah kolam di taman tema air tersebut.

Pihak Lost World Of Tambun telah mengadakan satu acara sambutan tahun baru yang diberi nama ‘2018 Magic Countdown’ serta tiketnya dijual serendah RM40.

Antara acara yaang berlangsung pada malam tahun baru yang lalu ialah persembahan naga manusia (human dragon), pertunjukan bunga api serta tarian ‘glow in the dark‘ yang diiringi dengan muzik yang rancak.

Terdapat beberapa dj ditugaskan untuk menghiburkan pengunjung serta kelihatan beberapa penari, telah menari-nari di hadapan pentas bagi ‘menghangatkan’ lagi suasana.

Oleh kerana kejadian itu telah tular, ianya telah mendapat perhatian oleh Mufti Perak sendiri iaitu Tan Sri Dr. Harussani Zakaria sendiri.

“Tidak sepatutnya diadakan acara yang bercampur lelaki dan perempuan. Bertudung atau tidak bertudung hukumnya haram kerana bercampur lelaki dan perempuan.

“Ia tetap haram walaupun hanya acara menyambut tahun baru,” kata beliau yang dipetik daripada sebuah portal tempatan.

Menurut Harussani, perbuatan seperti itu bukanlah cara yang diajar oleh agama Islam sendiri sehingga ianya sudah melampaui batas sedangkan negara kita merupakan sebuah negara Islam.


“Adakah itu cara nak sambut tahun baru? Sepatutnya kalau nak sambut tahun baru, kita bersyukur kepada Allah kerana dipanjangkan umur, kita berdoa semoga tahun baru ini memberikan satu rahmat kepada kita semua. Itu baru betul,” katanya dipetik daripada Ismaweb.net.

Malah, sambutan tahun baru yang boleh dikatakan ‘liar’ itu bukan sahaja berlaku di Lost World Of Tambun, tetapi turut berlaku di Sunway Lagoon yang diberi nama ‘Neon Countdown 2018′ serta beberapa lagi kawasan tumpuan pengunjung.

Tambah Harussani lagi, Islam tidak melarang apa-apa sambutan selagi ianya masih tidak bertentangan dengan syarak.

“Ya memang dulu-dulu ada sambutan tahun baru, tunggu detik 12 tengah malam, akan ada percikan bunga api. Cukup sekadar itu. Tidak perlu acara yang melalaikan.

“Tapi sekarang acara yang diadakan berlebihan dengan adanya tarian, lagu-lagu, mandi dalam kolam. Ini dah melampau,” katanya lagi.

Bagaimanapun, bagi sesetengah anak muda mereka tidak menganggap ‘parti liar’  itu sebagai sesuatu yang berat kerana bagi mereka, di luar sana masih banyak lagi acara pesta yang terlarang telah berlangsung tidak kira masa.

Apa pula difikirkan oleh orang yang bukan beragama Islam, apabila mereka melihat anak muda Melayu dan beragama Islam terkinja-kinja di acara seperti itu?

Tepuk dada, tanya selera. Adakah acara seperti ini perlu diteruskan setiap tahun yang ianya telah disambut baik oleh anak muda tempatan dengan alasan sekadar untuk hiburan? – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori