Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Soloz Sertai AirAsia Saiyan,...

KUALA LUMPUR - Bekas pemain profesional Mobile Legends Mysterious Assassins (MyA) Mohd Faris...

Suami Buat Laporan Polis,...

GARA-gara tidak tahan sering dipukul dan diseksa oleh isterinya, seorang pemandu teksi dilaporkan membuat...

Ahmad Maslan Calon Ganti...

PETALING JAYA – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan merupakan satu-satunya calon...

Pakar Runding Kaji Masalah...

MIRI – Majlis Bandaraya Miri (MCC) akan mendapatkan khidmat pakar runding untuk menjalankan...

Netizen Tegur Noh Gara-Gara Aksi Jari Tengah

KUALA LUMPUR – Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh ditegur netizen di laman sosial gara-gara aksi menunjukkan isyarat lucah jari tengah ketika bergambar dengan ahli kumpulan Hujan.

Netizen kurang senang dengan gelagat suami kepada bekas penyanyi, Mizz Nina yang tidak sepadan dengan kapsyen yang ditulis iaitu kesyukuran kepada Tuhan.

Noh sebelum ini dikagumi selepas berhijrah bersama Mizz Nina apabila menjadi inspirasi ramai dan terkenal dengan misi-misi amal yang sering dilakukan bersama.

Rata-rata netizen memohon Noh menjaga adab dan perlakuannya kerana sebagai seorang selebriti dia seharusnya menunjukkan contoh baik lebih-lebih lagi ramai peminatnya dalam kalangan orang muda dan remaja.

Dalam pada itu, netizen turut menasihati penyanyi itu agar lebih menjaga tingkah laku dan akhlak kerana bimbang aksi seperti itu boleh mengundang fitnah.

Mereka berharap Noh akan lebih berhati-hati selepas ini apabila memuatnaik gambar di media sosial. – MalaysiaGazette

Kategori