GEMPAR!… Rakyat Malaysia hari ini dikejutkan dengan berita penahanan peguam terkemuka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah secara tiba-tiba di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Berita mengemparkan itu menyebabkan ruang maya media sosial Malaysia dihujani dengan pelbagai reaksi dan komen netizen yang membayangkan penahanan tersebut merupakan konspirasi pihak tertentu untuk menutup mulut peguam itu.

Ia berikutan beberapa hari lalu, Muhammad Shafee mendedahkan tentang Tun Dr. Mahathir Mohammad yang bertegas mahu beliau dilantik sebagai pendakwa raya khas dalam rayuan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

“Tun Dr. Mahathir Mohammad yang menegaskan mahu melantik saya sebagai pendakwa raya khas dalam rayuan Anwar ini.

“Ini adalah kerana beliau tidak mempunyai keyakinan bahawa Jabatan Peguam Negara dapat mengendalikan rayuan secara cekap. Ini mungkin disebabkan Jabatan Peguam Negara pernah kalah dalam kes Liwat II di Mahkamah Tinggi serta di Mahkamah Persekutuan di dalam Liwat I,” kata Muhammad Shafee kepada media pada 8 September lalu.

Netizen turut mempertikaikan penahanan Muhammad Shafee dibawah AMLA kerana didakwa wujud unsur mencurigakan memandangkan beliau juga peguam bela kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes mahkamah yang dihadapi bekas Perdana Menteri tersebut.

Berikut antara komen-komen netizen Malaysia yang mempersoalkan tentang penahanan mengejut Muhammad Shafee oleh pihak berkuasa:

“Aik…Najib pun belum ada dakwaan berkaitan 1MDB, peguam dia kene dulu…ni mesti Mahathir benggang Shafee dedah pasal desakan dia supaya jadi pendakwaan kes Anwar dulu, lepas tu tak bayar kat agensi guaman Shafee..,jilaker betul Mahathir ni..,” kata Mohd Fairus.

“Hahahaaa…ni lawak yang mana yang tolong Najib mesti dengan tiba-tiba ade kaitan dengan 1MDB.🤣🤣🤣,” kata Mie Azmi.

“Negara back 2 basic…dulu sapa bersuara lantang kritik Madey dan pentadbiran Madey mesti kene cekup…ISA jalan penyelesainnya…. Ini salah 1 jalan penyelesain bagi kes DSNR…jika peguam Najib ini rekodnya sebelum ni sucsess dalam menjadi peguam bela dapat dijatuhkan hukum dan memenjarakan beliau maka senang atuk dan team tergolekkan DSNR…selagi adenye insan bernama Shafiee Abdullah sebagai peguam bela DSNR ini terus menjadi peguam bela, maka atuk dan teamnya susah nak pusing macam mane nak memenjarakan DSNR..,” kata Putra Zackry Muhammad.

“Baru jer borak ngan otai-otai politik pasal nie…pagi nie dah dapat berita isu yang diborakkan…memang tepat tekaan otai-otai nie…boleh baca strategi Tun…sebab otai-otai pernah hidup zaman Tun…mereka tahu sangat-sangat tingkah laku..,” kata Fazree Milonario.

“Sapa suruh petik nama Tun? Sekelip mata dah mendapat.. Gila sungguh politik Malaysia.. Rakyat sakit hati tengok kerajaan PH.. 5 tahun ni semua rakyat jadi gila duk tengok permainan hangpa orang-orang politik..,” kata Wahida Zakaria.

Bagaimanapun, disebalik kritikan yang dilemparkan oleh ramai netizen terhadap penahanan tersebut, terdapat sebilangan netizen menyokong tindakan berkenaan.

“Apa lagi peguam pun rasuah,” sindir pemilik akauan Facebook Voo Kin Chung.

“Curi duit rakyat loyar buruk,” kata Rajagopal Gopal.

“Tak lama giliran lebai akan didakwa jadi telor rasuah sudah boleh pecah la…,” kata Joey Law pula.MYNEWSHUB.TV

Loading...