Netizen Melampau, Linda Kesal Ada Persoal Isu Anak

ANAK merupakan anugerah daripada Yang Maha Esa tetapi dengan rezeki yang diberikan itu, ada pula sesetengah pihak bagaikan pertikai mengapa anak penyanyi Linda Rafar itu kesemuanya lelaki.

Bagi tuan empunya badan, dia sendiri tiada jawapan untuk persoalan netizen yang dilihat seperti mempersoalkan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT.

https://www.instagram.com/p/BkNXLEzlKUu/?taken-by=lindarafar

“Alhamdulillah saya dikurniakan lima anak lelaki dan seorang berada di Jannah. Ramai yang tanya kenapa semua lelaki? Kenapa tidak ada perempuan?

“Ya Allah macam mana Linda nak jawab pemberian Allah ya? Jika boleh bertanya sila tanya pada Allah kenapa dan mengapa?” tulisnya pada perkongsian di laman Instagram baru-baru ini.

Bagi Linda, anak-anak merupakan amanah Allah SWT yang perlu dijaga dengan rapi dan bukannya dipersoalkan jantina mereka.

Malah dia tetap bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan dan menganggap ia semua aturan baik yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Esa.

“Bagi linda semua ini amanah Allah yang perlu dijaga dan disyukuri. Tak perlu persoalkan kenapa lelaki?

“Kenapa tak ada perempuan? Linda tak boleh jawab soalan itu. Bagi saya, bersyukur sahaja dengan apa yang Allah dah aturkan,” tulisnya lagi.

Mujur kebanyakan peminatnya memberikan sokongan kuat kepada pelakon dan penyanyi berusia 40 tahun itu supaya dia tetap tabah dengan ujian yang melanda dirinya dan keluarga masa kini.

LINDA BERSAMA BEKAS SUAMI, SYED AIMAN DAN ANAK-ANAK.

Linda telah dikurniakan lima cahaya mata lelaki yang mana dua daripada mereka merupakan hasil perkahwiannya bersama bekas suami, Keifli Othman tetapi salah seorang anaknya telah meninggal dunia akibat ketumbuhan kronik dalam perut.

Selain itu, dua lagi anaknya pula merupakan anaknya bersama bekas suami kedua iaitu pelakon Syed Aiman. – MYNEWSHUB.CC/AH

Loading...