Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Honda Malaysia Perkemas Operasi...

KUALA LUMPUR – Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia) mengumumkan pembinaan Pusat Pengedaran...

Terima Kasih Penduduk DUN...

PORT DICKSON - Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini...

7 Perompak Larikan Wang...

KUALA NERUS - Tujuh lelaki bersenjatakan pistol dan parang merompak sebuah pasar raya...

Empat Sekeluarga Sertai Militan...

PETALING JAYA - Sepasang suami isteri yang baharu bernikah mengambil keputusan meneruskan kehidupan...

Netizen Kecoh, Emoji ‘Datang Bulan’

EMOJI ‘datang bulan’ akan dilancarkan tidak lama lagi selepas kempen mengenainya, menggunakan hashtag #PeriodEmoji, giat dijalankan oleh organisasi kemanusiaan Plan International United Kingdom (UK).

Kempen yang dijalankan kumpulan NGO wanita itu bertujuan membantu menghapuskan rasa malu dan stigma yang dihadapi oleh wanita ketika bercakap mengenai haid mereka.

Emoji yang berbentuk titisan darah merah itu dipercayai akan ditambah ke dalam papan kekunci telefon pintar seawal Mac tahun ini.

Lapor portal News.com.au, lebih daripada 55,000 orang menyokong kempen supaya emoji datang bulan ditambah ke papan kekunci global.

Plan International UK berkata, satu penyelidikan yang telah dijalankan menunjukkan wujud keperluan untuk mengadakan perbincangan lebih terbuka mengenai haid.


Pengguna Twitter dilihat memberi reaksi berbeza-beza kepada perkembangan terbaru ini. – Astro AWANI

Kategori