Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Intai Pelajar, Penganggur Didenda...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau penjara tiga bulan...

Perjuangan Tun Husein Onn...

KUALA LUMPUR - Prinsip perjuangan yang dipegang Perdana Menteri Ketiga Allahyarham Tun Hussein...

Penyokong Garuda, Harimau Malaya...

KUALA LUMPUR - Seramai 41 penyokong perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023...

“Kelakar,Penyayang” – Elizabeth Minat...

BERITA baik buat lelaki berbangsa Melayu di luar sana-- penyanyi bersuara seksi Elizabeth...

Netizen Kecam Mat Sabu Minta Rakyat Derma RM10 Seorang

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu atau lebih popular dengan panggilan Mat Sabu dikecam netizen gara-gara menggesa orang ramai menderma RM10 seorang kepada parti itu.

Beliau dalam satu rakaman video berdurasi kira-kira dua minit mendakwa, derma RM10 itu konon bagi PAN membawa perubahan di Malaysia termasuk membantu parti itu menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

“Saya mengajak semua untuk bersama membawa perubahan ini melalui sumbangan kewangan kepada Parti Amanah Negara (PAN).

“Lebih besar sumbangan anda lebih luas kempen yang boleh dibuat,” katanya dalam rakaman video berkenaan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi parti itu hari ini.

Seorang pengguna Facebook yang menggunakan akaun Nur Dahlia Tuan dalam komennya terhadap permintaan Mat Sabu itu mempertikaikan kewajaran rakyat memberi derma RM10 seorang kepada PAN.

“Presiden yang arif lagi bijaksana. Duit derma dari rakyat ni, amanah (PAN) kemudian guna untuk kegunaan kamu semua jelajah ke sana sini bagi “gula gula” kepada makcik pakcik di kampung yang tiada akses internet dengan berkata ini pemberian dari amanah.

“Walhal duit tu dari orang ramai. Senang buat kerjakan, nama pun dapat sekali. Eloklah tu, Semalam Nurul Anwar pun minta derma juga di Facebook beliau. Ini sajalah kerja pakatan asyik minta derma bayar saman, derma solidariti, derma untuk perubahan sarawak,”kata beliau.


Pengguna Facebook yang menggunakan akaun Ady Junaidy pula memberi komen: “RM10…baik aku masuk kat tabung masjid”

Seorang lagi pengguna Facebook, Razali Ahmad berkata, orang ramai akan turut menanggung dosa dan akibatnya jika derma itu digunakan oleh PAN untuk jalan yang tidak baik.

Pengguna Facebook Saimi Rozaimie berkata: “Inilah dinamakan melukut di tepian gantang”

“Dunia akhirat baik derma pada yang memerlukan…,” komen seorang lagi pengguna Facebook terhadap permintaan Mat Sabu tersebut. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori