Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Saman Fitnah Najib-Malaysiakini Didengar...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi menetapkan 6 Mei untuk mendengar permohonan Datuk Seri...

Syabas PH! Hutang Negara...

KUALA LUMPUR – Hutang rasmi negara sudah mencecah RM800 bilion hari ini, dakwa...

Video: Pihak Berkuasa China...

TIADA ihsan atau belas kasihan, tujuh orang pekerja yang bertugas di sebuah tapak...

Jais Lancar Dana Wakaf...

Shah Alam : Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melancarkan Tabung Dana Wakaf Al-Quran...

Netizen Kagum ‘Skill’ Pemandu Bas Buat U-Turn Mustahil

TIDAK semua pemandu bas atau kenderaan berat yang mempunyai kebolehan dan kecekapan luar biasa seperti yang dilakukan oleh pemandu bas di China ini yang menjadikan kemustahilan sebagai kenyataan.

Dia berjaya membuat pusingan U di sebatang jalan yang sempit dengan lebarnya sedikit sahaja melebihi lebar bas berkenaan.

Netizen Kagum 'Skill' Pemandu Bas Buat U-Turn Mustahil

Aksi mendebarkan pemandu bas tempatan dari bandar Xingtai, wilayah Hebei itu mendapat pujian daripada warganya sendiri.

Difahamkan, pemandu bas itu terpaksa membuat pusingan U selepas jalan yang ingin dilaluinya secara kebetulan ditenggelami air akibat hujan lebat.

Sememangnya Xingtai terkenal dengan masalah banjir kilat dan kesesakan lau lintas yang teruk melanda bandar tersebut.

Menerusi video yang dirakamkan, jelas memaparkan aksi bas Nombor 6 berwarna hijau itu membuat pusingan U yang agak mustahil.


Netizen Kagum 'Skill' Pemandu Bas Buat U-Turn Mustahil
KETIKA dalam keadaan biasa, memang sukar dibayangkan bas ini akan mampu melakukan pusingan U.

Seorang netizen menulis: “WOW, saya tabik pemandu bas ini.”

“Sangat pandai! Saya harap dia boleh ajar saya bagaimana nak memandu seperti itu,” tulis seorang netizen lagi. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Shanghaiist

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori