Netizen ‘Fed Up’ Izreen Tidak Jaga Hati Bekas Madu

NAMA, Izreen Azminda mula menjadi sebutan ramai selepas berita perkahwinannya dengan ahli muzik, Ude yang sudah beristeri dan mempunyai dua orang anak tersebar meluas.

Susulan hal itu, pelbagai tohmahan dan hinaan telah dilemparkan kepada pelakon wanita ini oleh netizen tempatan kerana dianggap sebagai ‘perampas’ suami orang.

Setelah sekian lama menyepi, nampaknya kali ini Izreen sekali lagi mencuri perhatian umum menjadi perhatian netizen selepas memuat naik gambar yang mengundang komen-komen negatif netizen.

Menerusi entri terbaru, Izreen memuat naik gambar yang memaparkan dirinya sedang didukung oleh Ude atau nama sebenarnya Muhamad Radzi Abdul Wahid.

Keriangan jelas terpancar pada wajah Izreen atau nama penuhnya, Izreen Azminda Aznam yang akui Syawal kali ini paling indah dan bermakna dalam hidupnya dengan kehadiran suami tercinta.

Tindakan pelakon drama, Ahli Mesyuarat Tingkap itu bagaimanapun menerima pelbagai kata-kata nista netizen yang mengakui meluat dengan sikap Izreen kerana dianggap terlalu ingin tayang kebahagiaan.

Malah segelintir daripada mereka juga yang mengakui menyampah dengan sikap pelakon wanita itu kerana dilihat seolah-olah tidak menjaga hati bekas madunya iaitu Intan atau nama sebenarnya Intan Liana Saleh.

Sehingga kini, perkongsian itu dilihat terus menjadi perhatian dan dikongsi oleh netizen menerusi pelbagai platform. – MYNEWSHUB.CC