Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Erma Fatima Ajak Buka...

PELAKON dan pengarah yang sinonim dengan karakter Mak Cun, Erma Fatima mengajak peminat...

Banyak Peluang Untuk Berjaya...

SINTOK - Bekas Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu percaya semua rakyat...

Che Ta: Tak Perlu...

PETALING JAYA - Pelakon Rozita Che Wan menyifatkan pemergiannya ke Johor Premium Outlets...

LPT Dibuka Sepenuhnya Mulai...

KUANTAN - Mulai tengah malam ini, keseluruhan laluan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari...

Netizen Dakwa Kerjaya Pandu Grab Satu ‘Scam’

KUALA LUMPUR – Seorang netizen yang tidak berpuas hati dengan pendapatan yang diperolehnya sebagai pemandu Grab sejak empat bulan lalu menuduhperkhidmatan e-hailing itu merupakan satu ‘scam’.

Netizen yang menggunakan akaun Facebook Joseph Wong membuat dakwaan itu di media sosial menerusi satu hantaran ke laman Facebook Grab & MyCar Driver Community Malaysia hari ini.

“Setelah 4 bulan memandu Grab saya dapati sebenarnya kerjaya ini ialah satu “scam” atau tipu helah yang merugikan SEMUA yang tak pandai mengira, lebih2 lagi yang tak berpandangan jauh.

“Saya berdasarkan perhatian saya pada pendapatan $200.00 sehari yang juga memerlukan masa sebanyak 12 ke 15 jam. Memang kekadang kita boleh mendapat 200 dlm 10 jam tapi itu tidak tetap (constant),” dakwanya dalam hantaran itu.

Netizen itu yang mendakwa menggunakan kereta jenis Perodua Axia transmisi manual iaitu kereta yang paling jimat minyak memuat naik anggaran pendapatan dan perbelanjaan sebagai pemandu Grab seperti berikut:

Sales $200.00
Grab 25% – $ 50.00
Fuel – $ 45.00
Provision – $ 50.00
Installmnt – $ 14.00
Maintnce. – $ 20.00
Misc. – $ 15.00
—————
$ 6.00
—————

Dakwanya, berdasarkan pengiraan pendapatan dan perbelanjaan itu menunjukkan kerjaya sebagai pemandu Grab adalah merugikan.

Berikut dakwaan beliau yang seterusnya mengenai kerjaya sebagai pemandu Grab adalah satu ‘scam’:

(Sekiranya kau cuma dapat baki $6.00 sehari daripada pendapatan $200.00 SETELAH 14 ke 16 jam memandu lebih baik kerja kontrak macam budak filipin, setidaknya mereka kerja 8 jam dan bawa balik $80.00

DAN YANG LEBIH PENTING yang ramai tidak perasaan ialah apabila hujung tahun dimana cukai jalan atau roadtax dan insuran perlu diperbaharui, jelas baki $6.00 diatas pun tak cukup, belum kira tukar tayar, absorber, brake dan lain2.

DAN AKHIR SEKALI, untuk mendapat $200.00 memerlukan 300 kilometer pemanduan TIAP2 HARI!!!!!


Kereta yang berjalan 300 kilometer sehari SELEPAS 2 TAHUN bukan sahaja banyak masaalah enjin, suspension dan lain2, malah, susut nilai harga pasaran pun teruk…lagipun kereta yang berjalan 300 kilometer sehari selepas 2 tahun tidak berapa sesuai untuk buat Grab walaupun Grab masih terima.

Ini belum kira kos emotional dan fizikal atau kesihatan pemandu2)

Dakwaan itu mendapat reaksi ramai netizen lain dengan sebilangan mereka menyokong, manakala sebilangan lagi membantah.

Pemilik akaun Facebook Abu Farabi yang menyokong berkata, dia telah lama berhenti menjadi pemandu Grab kerana tidak menguntungkan walaupun memperoleh pendapatan RM300 sehari selepas 10 jam bekerja.

Fadzrul Aliaa pula berkata: “Aku dh lama buat kajian ni dan aku dh lama dpt hasil dapatan diatas. tu sbb aku dh hampir setahun pencen. buang masa, tenaga dan segalanya. yg untung grab yg cekau 25% free je goyang kaki”

Bagaimanapun, bagi netizen Khalil Mohamed yang kurang bersetuju menjelaskan, Grab menguntungkan pemandu sambilan yang terlebih dahulu menetapkan destinasi perjalanannya.

Husaini Al-Zahrawi yang tidak menyokong dakwaan itu berkata: “Silap percaturan, tu yg xbole nk pusing duit”

“Kalau parttime utk cari rm20 ke 30 utk pergi kerja tetap esoknye ok lh..lps duit minyak dan mkn,” balas seorang lagi netizen. – Mynewshub.tv

Kategori