Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

ESC Keluar Pas Ekspatriat...

SEPANG – Bahagian Perkhidmatan Ekspatriat (ESD) hari ini melakar sejarah apabila mampu memproses...

Jurujual Didakwa Curi Barang...

KUALA LUMPUR - Seorang jurujual kedai emas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencuri...

Keiko Fujimori Ditahan Kes...

LIMA - Polis Peru menahan pemimpin parti pembangkang yang juga anak perempuan bekas...

Anwar Kalah Kes Saman...

SHAH ALAM - Ahli politik yang dipenjara kerana kesalahan seksual, Datuk Seri Anwar...

Netizen ‘Bengang’ Blogger Tak Kenal Aaron Aziz

RASANYA semua orang di Alam Melayu kenal siapa Aaron Aziz, tetapi masih berkemungkinan tinggi aktor tersebut hanya dikenali oleh peminat berbangsa Melayu sahaja dan tidak begitu popular di kalangan bangsa lain.

Namun, itu tidak menjejaskan social media presence pelakon dan pengarah kelahiran Singapura itu.

Baru-baru ini, Aaron telah dinobatkan sebagai personaliti warganegara Singapura paling popular di Twitter dengan  2.1 juta pengikut — jauh lebih banyak berbanding Perdana Menteri republik tersebut, Lee Hsien Loong!

Dan biasalah, bila seseorang itu berjaya pasti ada saja suara-suara sumbang yang mempertikaikan kredibilitinya.

Blogger dan personaliti media sosial popular Kota Singa itu, Xiaxue turut termasuk dalam senarai itu sebagai akaun keenam paling diikuti netizen Singapura di Twitter.

Namun, wanita berambut merah jambu itu seakan-akan tidak berpuas hati apabila Aaron dinobatkan sebagai selebriti paling popular di Twitter.

Blogger dan personaliti media sosial, Xiaxue.

“Siapa Aaron Aziz dan mengapa dia mempunyai 2.1 juta pengikut tetapi terlalu sedikit retweet dan likes?” soal Xiaxue di Twitter.

Sebagai seseorang yang memang hidup dan mencari duit menggunakan Internet, Xiaxue sepatutnya sudah pandai buat carian Google, kan? Daripada memberi kenyataan bodoh sombong seperti itu, baik buat sedikit kajian tentang seseorang yang terang-terang lebih popular daripada kau!

Dan tidak hairanlah apabila netizen turut menzahirkan rasa jelik terhadap Xiaxue yang bimbo itu.

“Awak siapa?” tanya @realisya, yang kemudiannya dibalas dengan gedik oleh Xiaxue: “Awww sentap ke…jawapannya: Seseorang yang diakui lebih terkenal daripada kamu.”

Twitter Xiaxue yang sebelum ini hanya dipenuhi dengan pautan ke Instagram peribadinya kini kembali ‘hidup’ dengan pertukaran hangat antaranya dengan netizen yang meluat dengan sikap mengada-ngadanya itu.

Kemudian, Xiaxue yang lahir, dibesarkan dan kini menetap di Singapura itu mengatakan salahkah jika dia tidak mengenali Aaron Aziz kerana katanya, dia tidak tahu bertutur dalam Bahasa Melayu pun!


“Kenapa orang ramai nak sentap sangat sebab saya tak kenal siapa Aaron Aziz? Korang ingat saya tonton rancangan stesen TV Malaysia ke bila saya sendiri tak faham Bahasa Melayu?!! Saya pasti Aaron sendiri pun tak kenal siapa saya juga jadi apa masalahnya,” balas Xiaxue kepada seorang netizen yang mengkritik dirinya.

Hello amoi, kalau tak faham Bahasa Melayu habis tu masa Hari Kebangsaan awak nyanyi lagu apa selain Majulah Singapura? Eh, meluat sangat tau!

Tidak terhenti di situ, malah Xiaxue cuba meraih populariti murahan semua di Twitternya yang sudah bersawang dengan memberi bayangan seakan-akan mengatakan Aaron popular kerana ‘beli’ followers!

Menerusi sebuah petikan skrin, Xiaxue menunjukkan analisis penambahan jumlah pengikut Aaron selepas dia menyoal kredibiliti aktor itu.

Menurut Xiaxue, agak mustahil untuk mencapai 100 ribu pengikut baru di Twitter hanya selepas beberapa hari.

Namun jika dilihat pada carta Social Blade yang merupakan laman web untuk melihat jumlah pengikut baru itu, jelas sekali followers Aaron naik sedikit demi sedikit dalam tempoh setahun, bukan beberapa hari.

Haih, begitulah realiti seniman Melayu di Singapura gamaknya; tertindas dan dinafikan oleh bangsa lain meskipun kejayaannya itu adalah daripada usaha keras.

Tak apalah Aaron, peminat anda di Malaysia amat berbangga dengan pencapaian anda kerana berjaya menjadi satu-satunya kaum minoriti yang tersenarai dan mengungguli carta personaliti Singapura paling popular di Twitter itu.

Sementara itu, Aaron nampaknya tidak ada masa untuk melayan provokasi seperti itu kerana kini sedang menikmati percutian keluarga di Tokyo.

Tahniah kami ucapkan dan selamat bercuti bersama-sama keluarga di Jepun, ya! – MYNEWSHUB.CC

Kategori