Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Siasatan Terperinci Kematian Pelajar...

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan mahu siasatan terperinci dilakukan berhubung kes kematian seorang...

6,527 Anggota Polis Kawal...

KUANTAN - Seramai 6,527 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditugaskan...

40 Lelaki Mengaku Tak...

JOHOR BAHRU - Seramai 40 lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di...

Testimoni Palsu Guna Aplikasi...

KANTOI... Hanya kerana mahu menarik pelanggan, pelbagai kaedah unik digunakan termasuk menggunakan teknologi...

Nenek Nafi Dakwaan Rogol Remaja 13 Tahun

SEORANG wanita warga emas di Indonesia menafikan dakwaan mengadakan hubungan seks dengan seorang remaja berusia 13 tahun seperti mana yang dilaporkan Mynewshub semalam.

Pertuduhan terhadap warga emas itu adalah fitnah semata dan dia mengatakan tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Astaghfirullah. Sia-sia saya solat kalau saya melakukan perkara seperti itu. Apa untung saya? Demi Allah, saya tidak pernah melakukannya.

“Dia (mangsa) kerap meminta duit dari saya. Padahal, dia gunakan duit itu untuk main internet. Sekarang dia pula menuduh saya yang bukan-bukan,” jelasnya.

Menurut Nenek Jowo atau nama sebenarnya, Hasni, berasal daripasa Madura Jawa Timur menjelaskan pertuduhan yang dilempar terhadapnya itu berikutan mangsa tidak berpuas hati ketika dia sedang sibuk dan tidak mempunyai wang.

“Dia selalu datang meminta wang sedangkan saya tiada wang. Tidak salah saya memarahinya dan mungkin kerana itu dia pulang dan mengadu kepada ibunya,” ujar warga emas itu.

Menurut sumber, Hasni  pernah cuba untuk bertemu dengan keluarga mangsa akan tetapi mereka sering melarikan diri dan mengelak.


Ekoran itu, Hasni menghantar surat memohon maaf kepada keluarga tersebut atas apa yang telah berlaku.

Hasni mengatakan dia bersedia untuk memberi kerjasama dengan pihak polis berkaitan permasalahan ini.

Terdahulu, warga emas ini dilaporkan telah memaksa remaja berusia 13 tahun terbabit melakukan hubungan seks. Hubungan terkutuk itu dikatakan telah berlaku sebanyak 10 kali dan budak itu dibayar sebanyak 15,000 rupiah (RM5) setiap kali selesai melakukannnya.

BACA : Budak 13 Tahun Dipaksa Seks Nenek 80 Tahun

Oleh : Amy Maizura

Kategori