Nenek 77 Tahun Tewaskan Perompak Di ATM

SEORANG nenek yang dirompak ketika sedang mengeluarkan wang dari akaunnya di sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Bromborough, England bertindak membelasah salah seorang perompak terbabit.

Winifred Peel, yang berusia 77 tahun pada mulanya diserang oleh sekumpulan perompak yang terdiri daripada tiga orang remaja lelaki warga asing.

Menurut sebuah laman berita antarabangsa, Peel mengalami kerugian sebanyak £200 (kira-kira RM1,042.75) dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, tindakan pantas Peel berjaya menangkap salah seorang daripada tiga perompak itu dan menghentakkan kepalanya di ATM berkenaan sebanyak tiga kali, manakala dua lagi suspek berjaya melarikan diri.

Selepas kejadian itu, Peel terus menghubungi pihak polis. Menerusi pengecaman rakaman kamera litar tertutup, kesemua suspek berjaya diberkas dan didakwa kerana melakukan rompakan.

Nenek 77 Tahun Tewaskan Perompak Di ATM

Ketiga-tiga suspek itu dikenali sebagai Felix Stoica (19); Piper Dumitru (18) dan Florin Geblescu (18); adalah warga Romania namun telah lama menetap di Manchester.

Kesemua suspek dijatuhi hukuman penjara. Suspek pertama Stoica dikenakan penjara selama dua tahun, Geblescu pula 18 bulan manakala Dumitru pula terpaksa menjalani khidmat masyarakat selama lapan bulan. – MYNEWSHUB.CC

Loading...