Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Cari Mekanisme Tangkapan Nelayan...

PONTIAN - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mencari mekanisme terbaik bagi...

Tonton Televisyen Tingkatkan Risiko...

BOSTON - Perbuatan duduk dan menonton televisyen dalam tempoh lama iaitu sekurang-kurangnya sejam sehari...

Semangat Berpasukan Dalam ‘Ola...

IPOH - Penerbitan filem pecah panggung 'Ola Bola' mendapat pujian Sultan Perak Sultan...

Owen Ramal Jerman Mampu...

GENTING HIGHLANDS – Legenda bola sepak England, Michael Owen meramalkan Jerman mampu mempertahankan...

Nenek 105 Tahun Masih Setia Membidik Foto

PADA usia 105 tahun, seorang warga emas di China masih setia membidik gambar menggunakan kamera tidak seperti golongan seusianya yang sering dirundum pelbagai masalah kesihatan.

Li Yuzhen adalah salah seorang jurugambar tertua dan paling berpengalaman di negara Tanah Besar itu.

Yuzhen menerusi laman tempatan negara itu memberitahu dia telah berjinak dalam bidang fotografi sejak 64 tahun lalu setelah berkahwin dengan suaminya pada tahun 1953.

Difahamkan suami Yuzhen mempunyai sebuah studio foto di wilayah Guandong dan tidak lokek menurunkan segala ilmu berkaitan bidang tersebut kepadanya.

Nenek 105 Tahun Masih Setia Membidik Foto

Nenek 105 Tahun Masih Setia Membidik Foto

Nenek 105 Tahun Masih Setia Membidik Foto


Setelah bertahun-tahun berguru dengan suaminya, Yuzhen kini mahir mengendalikan kamera malah turut memiliki studio foto sendiri.

Berdekad mendalami ilmu fotografi, Yuzhen juga turut menyaksikan sendiri peredaran dan pembangunan yang dialami oleh bidang tersebut dari kamera jenis konvensional kepada digital.

Selain itu, Yuzhen juga membantu menguruskan studio foto vintage milik anak perempuannya yang terletak di bandar Lianhui.

Menurut warga emas ini, dia paling gemar merakam foto-foto keluarganya. Cinta terhadap bidang fotografi sudah sebati dalam darah keluarganya dan di masa terluang Yuzhen turut mengajar cucunya untuk merakam gambar menggunakan telefon pintar. – MYNEWSHUB.CC

Kategori