Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

2 Sahabat Maut, Seorang...

KUALA LUMPUR - Dua remaja lelaki maut manakala rakan mereka cedera apabila motosikal...

‘Find my iPhone’ Cari...

SEORANG lelaki di Singapura berjaya mengesan teman wanitanya yang didakwa dirogol dengan menggunakan...

100 Hari: Kos Sara...

TANGGAL 9 Mei 2018 menjadi satu sejarah kepada Malaysia apabila kerajaan BN yang...

Sumbangan Tanda Rakyat Sayang...

SYUKUR... Datuk Seri Najib Razak selesai membuat pembayaran sebahagian baki wang jaminan RM500,000...

Negaraku Hanya Dalam Bahasa Kebangsaan – Mahathir

LANGKAWI – Negaraku tidak boleh dinyanyikan dalam bahasa lain selain bahasa kebangsaan oleh rakyat negara ini, tegas Dr. Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri menjelaskan, rakyat Malaysia sepatutnya tahu menyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa kebangsaan kerana ia termaktub dalam Perlembagaan.

Katanya, apa yang dibenarkan hanya terjemahan lagu Negaraku ditulis dalam bahasa lain bagi orang bukan Melayu memahami maksudnya yang sebenar.

“Kita tidak boleh nyanyi (Negaraku) dalam bahasa lain, tetapi makna lagu Negaraku dimasukkan ke dalam buku bagi orang bukan Melayu boleh faham perkataannya.

“Untuk menyanyi tetap kena guna Bahasa Kebangsaan kita,” katanya pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Ketua Jabatan dan Pimpinan PH Langkawi, di sini, hari ini.

Jumaat lalu, Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan mengumumkan akan melakukan siasatan terperinci berhubung penularan video murid sebuah sekolah menyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin dipetik berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar Perlembagaan sama ada dilakukan secara sengaja atau tidak.


Sementara itu, mengulas mengenai isu kereta terbang yang dibangkitkan pada Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara (AMANAH) 2019, Dr. Mahathir menjelaskan persepsi rakyat terhadap projek itu perlu diubah.

“Silapnya adalah kerana ia dipanggil kereta terbang. Sebenarnya adalah dron besar yang boleh membawa orang.

“Dron ini boleh membawa orang dari tempat ke suatu tempat lain. Kalau kereta kena pakai jalan, dron ini boleh terbang,” katanya.

Perwakilan AMANAH Pahang ketika membahaskan ucapan dasar presiden semalam, mendakwa projek kereta terbang dianggap memalukan sehingga sukar dijelaskan kepada rakyat.

Dr. Mahathir berkata, rakyat juga tidak dipaksa untuk menerima idea projek itu jika tidak sukakannya. – BH Online

Kategori