Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

GPMS Lancar Tabung Bantu...

KUALA LUMPUR - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) akan melancarkan tabung bantuan bagi...

Pemimpin UMNO Melaka Dikaitkan...

MELAKA TENGAH - Polis membuka kertas siasatan berhubung cubaan melakukan serangan seksual terhadap...

Awasi Ternakan Daripada Masuk...

REMBAU - Penternak haiwan di kawasan kampung berhampiran lebuh raya diminta mengawasi haiwan...

TPPA Bukan Lampu Ajaib...

PUTRAJAYA - Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) bukan lampu ajaib untuk menentukan peningkatan nilai...

Negara Ucap Selamat Tinggal Kepada TV Analog

SIBU – Selepas 56 tahun, rakyat Malaysia akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada sistem penyiaran televisyen (TV) analog yang ditamatkan sepenuhnya tengah malam tadi selepas Sabah dan Sarawak menjadi kawasan terakhir menutup siaran analog tersebut.

Sebanyak 26 stesen pemancar di Sarawak dan 16 di Sabah termasuk di Labuan menjadi stesen terakhir melakukan ‘Analogue Switch Off’ (ASO) secara serentak pada jam 12.30 tengah malam tadi.

ASO merujuk kepada proses peralihan siaran TV yang ditawarkan secara percuma kepada rakyat Malaysia oleh RTM sejak 1963 dan TV3 pada 1984.

Malaysia adalah negara ketiga di ASEAN melakukan peralihan siaran TV analog selepas Brunei dan Singapura beralih kepada siaran TV Digital masing-masing pada 31 Disember 2017 dan 1 Januari 2019.

Seperti biasa setiap kali bila hendak menamatkan siaran di tengah malam, RTM akan memainkan lagu Negaraku’.

Tetapi lain pula pada malam yang bersejarah di Stesen Pemancar di Bukit Lima di sini, apabila pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan petugas stesen berkenaan menyanyikan lagu kebangsaan sebagai tanda tamatnya siaran TV analog.

Ketua Jabatan Platform Pengedaran dan Penciptaan Digital SKMM, Azlina Mohd Yusof, yang hadir pada majlis ringkas itu, berkata, antara persediaan yang dibuat sebelum peralihan itu ialah memastikan sistem digital berjalan dengan sempurna.

“Apa yang berlaku selepas penamatan siaran analog ini ialah penonton akan melihat grafik statik mengenai perkhidmatan ‘myFreeview’ yang ditawarkan secara percuma. Itu bagi mereka yang belum mempunyai dekoder myFreeview itu,” katanya kepada wartawan Bernama dan RTM.

Grafik statik itu akan disiarkan selama seminggu dan selepas itu skrin televisyen hanya akan menayangkan bintik-bintik hitam putih.

“Bagi mereka yang sudah ada ada myFreeview, siaran akan berjalan seperti biasa,” katanya.


Di SANDAKAN, hujan lebat di Stesen Pemancar Telekom Malaysia (TM) Bukit Trig di sini tidak menghalang majlis penutupan rasmi siaran TV analog di Sabah.

Penutupan secara rasmi siaran TV analog disaksikan oleh Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Dr Yusof Yacob.

Majlis itu turut dihadiri Pengurus Besar TM Sabah, Mohd Sainal Mohd Amin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Altel Holdings, Chelvakumar G Krishnan, Pengarah Kanan Pemboleh Digital SKMM, Nor Akmar Shah Minan, Naib Presiden Bahagian Kawal Selia MYTV, Shamsul Najib, Pengarah SKMM Sabah dan Labuan, Roslan Mohamad dan Pengarah Penyiaran Sabah, Malinaziah Datu Mohd Julaspi.

Perkhidmatan TV digital di bawah penjenamaan myFreeview ini adalah satu inisiatif kerajaan yang diberi secara percuma kepada rakyat, dikendalikan syarikat MYTV Broadcasting Sdn. Bhd. secara pembiayaan sektor swasta..

Menerusi siaran TV digital myFreeview, penonton boleh menikmati pelbagai saluran TV, radio dan aplikasi baharu seperti membeli-belah dalam talian, pembelajaran interaktif melalui saluran TV termasuk TV1, TV2, TV3, NTV7, 8TV, TV9, TV Alhijrah, Bernama News Channel, dan TV Okey serta enam saluran radio.

Golongan isi rumah berpendapatan rendah B40 yang terpilih pula mendapat set dekoder percuma untuk menikmati perkhidmatan yang disediakan tanpa bayaran bil bulanan.

Orang ramai yang berminat untuk membeli dekoder berkenaan boleh mendapatkannya menerusi laman sesawang https://myfreeview.tv atau menghubungi talian 1800181088 untuk maklumat lanjut.

Kategori