Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Najib Serah Watikah Pelantikan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyampaikan watikah...

Lelaki Hilang Mata, Hidung...

CAROLINA SELATAN – Seorang pemilik gedung di sini membuat pengakuan di media sosial...

Persekolahan Digital, Pendidikan Digital...

KUALA LUMPUR - Inisiatif baharu Persekolahan Digital akan diperkenalkan untuk mendedahkan warga masa...

Lelaki Cuba Jual Teruna...

ROMANIA – Tak laku. Itu yang berlaku kepada seorang lelaki apabila iklan yang...

Negara Eropah Jual Barang Ke Malaysia Henti Burukkan Sawit

LONDON – Negara-negara Eropah yang menjual macam-macam barangan kepada Malaysia boleh diminta supaya tidak meneruskan usaha mereka memburukkan minyak kelapa sawit, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita boleh berbuat demikian tetapi sama ada mereka terima atau tidak itu lain perkara.

“Ini boleh kita lakukan dan banyak lagi bekalan-bekalan dari Eropah yang boleh kita guna untuk meminta mereka supaya tidak memburukkan penggunaan minyak sawit,” kata beliau dalam sidang media di sini pada Isnin sebelum mengakhiri lawatan kerja tiga hari ke United Kingdom (UK).

Dr. Mahathir berkata demikian apabila ditanya pemberita mengenai cadangan penggabungan syarikat telekomunikasi Malaysia iaitu Axiata dengan Telanor dari Norway, antara negara yang menentang penggunaan minyak kelapa sawit.

Norway merupakan negara pertama di dunia untuk melarang penggunaan dan pembelian bahan api bio diesel yang mengandungi minyak sawit atas alasan penanaman kelapa sawit membawa kepada kemusnahan hutan semula jadi.


Dalam lawatan kerja tiga hari beliau ke UK, Dr. Mahathir diiringi oleh Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Sadiq Abdul Rahman.

Kategori