Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Cool, Kerusi Kelas Untuk...

SEWAKTU kami di zaman universiti, penggunaan tablet adalah masih rendah dan tidak begitu...

Musa Puji MPWS Perkasa...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman memuji inisiatif Majlis Penasihat...

Jerebu: Kualiti Udara Di...

KUALA LUMPUR - Keadaan jerebu di seluruh negara terus mencatatkan perkembangan positif dengan...

Fouziah Gous Rimas Asyik...

Mulut orang, sememangnya kita tak boleh nak tutup untuk memuaskan hati semua orang. Rasa-rasanya...

Neelofa Sambut Baik Teguran Mufti W.Persekutuan

SELEBRITI dan ahli perniagaan berjaya Noor Nelofa Mohd. Noor mengucapkan terima kasih kepada Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri atas teguran berhemah yang dibuat terhadap dirinya semalam.

Menurut Lofa, dengan rasa rendah hatinya dia menerima segala teguran agamawan tersebut berkenaan isu pelancaran tudung keluaran syarikatnya, Naelofar Hijab, di sebuah kelab malam terkemuka di ibu kota.

Baca: Surat Terbuka Mufti Wilayah Persekutuan Buat Neelofa

“Saya anggap ia satu teguran dan nasihat yang mendamaikan dari seorang pakar kepada saya. Saya sangat menghargainya.

“Saya dan team NH mengambil berat setiap nasihat dan cadangan yang diutarakan oleh pihak Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri itu,” katanya.

Kata Lofa lagi,sebagai personaliti dikenali, dia turut mahu berusaha untuk memperbetulkan langkahnya di masa hadapan agar tidak mendatangkan fitnah daripada masyarakat.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

“Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang sudi meluangkan masa, memberikan kritikan dan cadangan dalam keadaan saya berhadapan dengan situasi tidak diduga sebegini.

“Setiap sokongan, teguran dan cadangan anda, saya hargai dan hanya ucapan terima kasih mampu saya hulurkan,” katanya lagi.


Sebelum ini, Lofa pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak mahu mempedulikan lagi kata-kata nista masyarakat terhadapnya.

Juga: Lancar Tudung Di Zouk, Lofa Ada Alasan Sendiri

Majlis pelancaran koleksi tudung terbaru NH iaitu #BeLofa pada Isnin lalu mendapat kritikan hebat masyarakat apabila ia diadakan di sebuah kelab malam.

Neelofa menerima kecaman teruk daripada netizen akibat dianggap kurang sensitif apabila melancarkan tudung versi terbaharu NH itu di pusat hiburan yang sinonim dengan gejala negatif seperti pergaulan bebas dan pengambilan alkohol. – MYNEWSHUB.CC

Kategori