Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Taman Air Bukit Merah...

BAGAN SERAI - Taman air di Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) di sini...

Hafiz Hamidun Selamat Jalani...

PENYANYI dan ahli perniagaan, Hafiz Hamidun yang sebelum ini dilaporkan dimasukkan ke wad...

Ops Mengalum: APMM Tahan...

KOTA KINABALU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan 30 bot pelancong kerana...

Video: Kejam! Ibu Pijak...

KECOH menerusi laman sosial apabila tersebar satu rakaman video yang menunjukkan aksi kejam...

Neelofa Kongsi Foto Momen Tunai Haji Di Makkah

PENGACARA dan pelakon popular, Neelofa selamat menjejakkan kaki ke Tanah Suci beberapa hari lalu.

Pemergian Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 27, ke Makkah turut ditemani kedua ibu bapanya dan dijangka pulang ke Malaysia pada 20 September depan.

Menerusi laman Instagram miliknya, Neelofa berkongsi beberapa keping foto ketika menunaikan ibadah untuk tatapan para peminat.

Selain ditemani ahli keluarga, pengasas dan pemilik tudung Naelofar Hijab juga ditemani oleh bekas isteri pelakon Datuk Eizlan Yusof iaitu Vie Shanti Khan.

Neelofa Kongsi Foto Moment Tunai Haji Di Makkah

Neelofa Kongsi Foto Moment Tunai Haji Di Makkah

Malah menurut sebuah laman gosip tempatan, Vie juga merupakan teman sebilik Neelofa ketika di Makkah.

Difahamkan pelakon ini sudah dua kali mengerjakan umrah. Kesempatan menunaikan haji pada kali ini dimanfaatkan sebaik mungkin.


Meskipun demikian, timbul pelbagai desas-desus yang mempersoalkan bagaimana dia begitu mudah mendapat peluang menunaikan haji.

Terdahulu, sebelum berangkat ke Tanah Suci, Neelofa sempat memohan doa daripada para peminatnya agar dipermudahkan segala ibadah dan mendapat haji mabrur menerusi pengurusnya, Mohd. Amer Shafiq Khalip.

“Doakan semoga perjalanan Neelofa ke Tanah Suci dipermudahkan dan mendapat keberkatan Allah.

“Pesanan Neelofa kepada semua peminat, doakan dia selamat pergi dan kembali serta diberikan kekuatan melakukan haji mabrur,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori