Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bomba Sah Kebakaran Ittifaqiyah...

PUTRAJAYA - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan kebakaran di Pusat Tahfiz...

Presiden KAFA Mahu Pemain...

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa berharap...

Perumahan Mampu Milik Antara...

KUALA LUMPUR - Satu daripada fokus utama kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah menyediakan...

Malaysia Wajib Amal Islam...

KUALA LUMPUR - Masyarakat Malaysia mesti mengamalkan Islam sebagai cara hidup mereka kerana...

Doktor ‘Sekolahkan’ Neelofa, Elfira Isu Tinggi

SELEPAS dilanda kontroversi hebat kebelakangan ini, pengacara dan usahawan, Neelofa sekali lagi menjadi bualan netizen apabila mempromosikan ubat yang didakwa boleh menambah ketinggian.

Belum pun reda sepenuhnya kes pelancaran tudung di sebuah kelab malam dan juga isu mempromosikan makanan tambahan untuk bayi, Neelofa sekali lagi melakukan satu perkara yang boleh menimbulkan persepsi ramai.

Perkara ini membuatkan netizen mula membuat spekulasi dengan mengatakan Neelofa sengaja berbuat demikian bagi mencari perhatian.

Ramai sedia maklum bahawa amat sukar untuk seseorang individu meningkatkan lagi ketinggian selepas mencapai usia yang tertentu.

Bagaimanapun, seorang lagi selebriti iaitu pelakon terkenal, Elfira Loy pula secara tiba-tiba memperakui keberkesanan produk berkenaan apabila mendedahkan bahawa dia sendiri pernah mencuba untuk suatu tempoh.

Berkongsi menerusi laman Twitter, Elfira berkata produk ‘peninggi’ yang dipromosikan Neelofa itu didapati berkesan dan menyebabkan tercetusnya perdebatan dalam kalangan netizen yang ternyata tidak bersetuju dengan perkara itu.

Melihat netizen yang tidak berkesudahan mengecam tindakan Neelofa mempromosikan barangan itu, Elfira tampil meminta perbincangan mengenai isu itu dihentikan kerana ‘jijik’ melihat netizen membincangkan perkara yang mereka tidak pasti.

Entri tersebut menyebabkan orang ramai mula beralih tumpuan ke arah Elfira pula dengan rata-rata dari mereka mengecam tindakan aktres tersebut yang dilihat seperti mempertahankan rakan artisnya.

Ada juga yang memperlekehkan kenyataan Elfira itu dengan mengatakan bahawa ketinggiannya sejak dahulu kelihatan sama walaupun mengatakan produk berkenaan berkesan.

Isu ini juga mendapat perhatian beberapa doktor yang sememangnya popular di Twitter seperti Dr. Beni Rusani dan Dr. Amalina Bakri yang menyangkal tanggapan bahawa ubat tersebut boleh meningkatkan ketinggian seseorang.


“Daripada pandangan kesihatan dan sains, tiada pil atau suplemen yang boleh menambah ketinggian seseorang manusia,” tulis Dr. Beni.

Dr. Amalina pula mengingatkan para selebriti untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu tentang kandungan sesuatu produk dan kesannya kepada pengguna sebelum mempromosikannya.

“Sebagai seorang doktor, saya ingin menggalakkan selebriti Malaysia lebih berhati-hati dalam mempromosikan produk di media sosial mereka. Jika anda tidak pasti akibatnya, sila dapatkan nasihat,” tulisnya di Twitter.

Bagaimanapun, Elfira masih mempertahankan kenyataan yang dibuat sambil menegaskan bahawa ketinggiannya meningkat beberapa sentimeter ketika menggunakan produk itu.

Elfira juga menolak dakwaan yang mengatakan dia sebenarnya mempertahankan rakan selebritinya, Neelofa yang memuat naik mempromosi produk berkenaan sebelum memilih untuk berdiam diri untuk tidak mengeruhkan keadaan. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori