Neelofa Dijangkiti Influenza A, Mohon Maaf Batal Temujanji

KUALA LUMPUR – Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa dijangkiti Influenza A selepas kembali daripada mengerjakan ibadah Haji. 

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor, 30, memohon maaf kepada semua kerana terpaksa membatalkan temujanji disebabkan perkara tersebut. 

“Dengan rendah hati saya ingin memohon maaf kepada semua pelanggan, rakan kongsi dan mereka yang sudah membuat temujanji dengan saya sepanjang minggu ini.

“Saya terpaksa menolak semua jemputan majlis dan kunjungan pelawat ke hospital kerana khuatir jangkitan berlaku,” katanya dalam satu kenyataan yang dikongsi melalui laman Twitter dan Facebook rasmi miliknya. 

Pengacara program MeleTOP itu turut memberitahu dia kini dikuarantin selama seminggu di sebuah hospital di ibu kota.

“Semoga saya kembali sihat dan boleh kembali bekerja seperti biasa,” ujarnya. 

Terdahulu, Neelofa mengerjakan haji buat kali kedua bersama dua orang adik lelaki dan ibunya awal Ogos lalu. – K! ONLINE

Loading...