Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

Iran Cekup 8 Wanita...

TEHRAN - Pemerintah Iran terpaksa menangkap lapan orang wanita didakwa terlibat dalam penerbitan...

Amaran Angin Kencang &...

KUALA LUMPUR - Angin kencang barat daya dengan kelajuan antara 40 hingga 50...

Israel Mesti Berhenti Musnahkan...

 NEW YORK - Presiden Mahmud Abbas mendesak Israel berhenti daripada terus 'memusnahkan' iklim...

AFC Hukum Al Shamrani...

KUALA LUMPUR - Nassir Al Shamrani - pemain yang baharu ditabal selaku Pemain...

Neelofa Beri Kerjasama Siasatan Tak Pakai Pelitup Muka

KUALA LUMPUR – Usahawan dan selebriti popular, Neelofa, 32, sudah memberikan kerjasama baik dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan dakwaan mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka seperti mana diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Pengacara N To N itu dipanggil untuk memberi keterangan berhubung perkara berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, pagi ini.

Menerusi kenyataan media ringkas, Neelofa bersyukur sesi siasatan berjalan dengan lancar.

“Kami sudah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis dalam menyelesaikan kes ini.

“Alhamdulillah, proses berjalan dengan lancar. Tidak banyak yang boleh diulas mengenai isu ini memandangkan kes masih dalam siasatan. 

“Insya-Allah, jika ada perkembangan, saya akan memaklumkan. Terima kasih,” katanya.

Pada 21 Mei lalu, polis membuka kertas siasatan terhadap Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor yang mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka.


Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner, Mohd Said Ibrahim, berkata kertas siasatan dibuka susulan berita di laman sesawang sebuah portal yang tular memaparkan Neelofa tidak memakai pelitup muka ketika hadir ke Mahkamah Majistret Seremban, Khamis lalu. 

“Polis menerima laporan mengenai tindakan Neelofa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pemakaian pelitup muka seperti mana diwajibkan oleh KKM kepada semua individu.

“Ia termasuklah kepada mereka yang mengenakan niqab penuh atau separuh,” katanya. 

Mohd Said berkata, penjelasan berhubung SOP itu juga dikeluarkan KKM selepas kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di semua tempat awam mulai 1 Ogos 2020.

Sehari sebelum itu, media melaporkan Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban atas kesalahan melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai karpet, di Nilai, awal bulan ini. – BH Online

Kategori