Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PAS Keluar Pakatan Beri...

PULAU PINANG - Tindakan PAS yang bermusuhan dengan DAP dan tidak menyertai Pakatan...

Polis Tahan 2 Lelaki...

ALOR SETAR - Polis menahan dua lelaki dan merampas 120 bungkusan daun ketum...

Tular Baju Ibu Menyusu,...

GARA-GARA baju Melayu keluarannya kelihatan seperti busana ibu menyusukan anak, pelakon Erry Putra...

“Terima Kasih Kerana Bantu...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan penghargaan kepada semua anggota...

Nazim Tak Mahu Komen, Bella Anggap Tiada Jodoh

BERITA tergempar yang dimaklumkan oleh pasangan selebriti Nazim Othman dan Bella Dally pada 1 Ramadan semalam merupakan satu perkara yang langsung tidak pernah terfikir oleh peminat mereka.

Baca: Nazim Othman, Bella Dally Bercerai

Semalam, kedua-duanya telah memaklumkan di akaun Instagram masing-maisng berkenaan perkahwinan mereka yang sudah dibadai ombak sehingga mengundang pelbagai spekulasi murahan oleh ramai netizen di media sosial.

Tanda tanya yang sehingga hari ini masih bermain difikiran ramai peminat tidak diendahkan oleh mereka dan kini kedua-duanya telah mengunci mulut daripada memberikan sebarang komen.

https://www.instagram.com/p/Bi34pyJAiQq/?taken-by=nazimothman

https://www.instagram.com/p/Bi344Lkgbcw/?taken-by=belladally

“Saya tak nak komen apa-apa lagi. Saya masih terganggu. Saya minta sedikit ruang. Apabila semuanya sudah tenang saya akan keluarkan kenyataan,” kata Nazim ketika dihubungi oleh pihak Harian Metro.

Namun semalam, Nazim ada memuatnaik satu Instastory seakan-akan ingin memberitahu kepada umum bahawa dia kini sedang dalam keadaan yang kaku.

Berkemungkinan situasi itu sememangnya ada kena mengena dengan situasinya kini selepas dia mengumumkan penceraian itu secara terbuka di media sosial.

Sebelum ini, ada juga desas desus mengatakan bahawa rumah tangga mereka sudah goyah setelah sekian lama.

Tetapi isu itu telah disangkal oleh pelakon drama Monalisa itu dan menegaskan bahawa rumah tangganya bersama Bella masih lagi bahagia.


Walaupun begitu, banyak spekulasi mengatakan kononnya sebelum ini mereka berdua bercuti ke luar negara sekadar mahu mengaburi mata peminat sahaja tetapi perkara itu hanyalah spekulasi peminat sahaja.

Berkemungkinan percutian itu dirancang untuk mereka menghabiskan masa bersama memandangkan masing-masing sibuk dengan urusna kerja ataupun ia merupakan salah satu cara mereka untuk menyelamatkan perkahwinan itu sebelum ini.

Bella turut memaklumkan di postingnya berkaitan penceraian itu bahawa mereka sudah mencuba sehabis baik bagi menyelamatkan perkahwian tetapi mungkin sudah tiada jodoh buat kedua-duanya.

Pada 10 September 2016 yang lalu, mereka berdua telah diijabkabulkan di Kota Kinabalu, Sabah tempat kelahiran  Bella dan mereka juga tidak dikurniakan cahaya mata sepanjang perkahwinan.

Kebanyakan peminat meninggalkan komen dan kata-kata semangat buat mereka berdua supaya tetap tabah menghadapi kehidupan yang akan datang. – MYNEWSHUB.CC

Kategori