Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Orkim Harmony: 3 Pesawat...

KUALA LUMPUR - Sebuah pesawat P-3C Orion, C130 dan pesawat Beechcraft kini sedang...

5 Pegawai Kanan MARA...

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil lima pegawai kanan...

Dayangku Intan Derma Ginjal...

KUALA LUMPUR - Penyanyi yang terkenal dengan lagu Senandung Hari Raya, Dayangku Intan,...

Yazer -Ekin AF Bakal...

BEKAS pelajar Akademi Fantasia, Mohd Yazer Yusof atau Yazer dan pasangannya, Ekin (AF...

Nasib Keluarga Mangsa Culik, Ibarat Jatuh Ditimpa Tangga

KUALA LUMPUR – Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

Itu situasi yang dapat digambarkan mengenai keluarga Fandy Bakran, 27, seorang daripada mangsa culik kumpulan militan Abu Sayyaf, apabila kediaman mereka di Tawau, Sabah turut musnah dalam kebakaran selepas 10 hari insiden penculikan itu.

Menceritakan detik hitam itu, ibunya, Hasmia Lahapi, 51, berkata perasaan sedih yang dihadapinya amat sukar diungkapkan dengan kata-kata.

“Bayangkan kehidupan yang saya lalui, setiap malam tidak dapat tidur memikirkan keadaan keselamatan anak yang diculik.

“Rumah kami pula tiba-tiba musnah dalam kebakaran dan terpaksa menumpang di rumah saudara mara. Apapun saya bersyukur kerana anak kembali ke pangkuan keluarga,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, selain Fandy, dua mangsa culik kumpulan militan Abu Sayyaf, Jumadil Rahim, 24 dan Mohd Ridzuan Ismail, 33 bersama keluarga masing-masing bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di kediaman rasmi beliau di Taman Duta, di sini.

Ketiga-tiga mereka diselamatkan pasukan keselamatan Filipina dalam satu operasi di kawasan umum Punay (Publicion) Panglima Estino, Filipina pada 11.30 malam Ahad.


Sementara itu, Harianti Hamsi, 31, isteri kepada Mohd Ridzuan berkata kehidupan yang dilaluinya lebih lapan bulan lalu selepas kehilangan suami amat perit dan sukar digambarkan.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata beliau dimaklumkan mengenai penculikan itu daripada rakan suaminya.

“Selepas suami hilang, anak pula demam panas dan saya juga perlu menguruskan anak sulung kami Noridawati, 6, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU),” katanya sambil menitiskan air mata.

Harianti juga turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat terutama kerajaan Malaysia yang berusaha menyelamatkan suaminya. – BERNAMA

Kategori