Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Suhaizan Ulangi Provokasi `Pancing’...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat mengulangi provokasi bagi memujuk...

Pemimpin Tertua Dan Termuda...

VIENNA - Pertemuan dua hala Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Canselor Republik Austria,...

Video: Hujan Wang Tunai...

JAKARTA - Pengguna jalan raya di pusat bandar raya Indonesia ini hampir tidak...

“5 Perkara Yang Dikesali...

Bronnie Ware adalah seorang jururawat yang bertugas, menjaga pesakit yang sedang menunggu detik kematian.Pengalaman bersama...

Nasi Campur RM100 Di Leban Chondong Berpatutan

KUANTAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang mengesahkan kedai yang mengenakan bayaran RM100 untuk dua pinggan nasi campur yang tular di media sosial seminggu lalu, tidak melakukan kesalahan.

Pengarahnya, Sharuddin Jali berkata siasatan terhadap pemilik kedai makan itu mendapati harga yang dikenakan adalah berpatutan dan harga udang galah mengikut gred juga jelas dipamerkan di bahagian hadapan kedai.

“Siasatan mendapati bahawa gambar yang tular itu menunjukkan dua ekor udang galah, sedangkan jumlah sebenar yang diambil ialah empat ekor, di samping lauk lain termasuk sayur dan sotong.

“Bagi harga udang galah telah dinyatakan bahawa perkiraan adalah mengikut gred iaitu A, B dan C pada harga antara RM50 ke RM100 mengikut hidangan,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Sharuddin menambah siasatan juga mendapati tiada tindakan boleh diambil ke atas pemilik kedai kerana tiada kesalahan dilakukan.

​​​Sehubungan itu, Sharuddin menasihatkan orang ramai untuk bertanya kepada pemilik kedai atau menyemak senarai harga yang dipamerkan sebelum mengambil makanan, untuk mengelakkan masalah itu daripada berlaku.


Pada minggu lalu, seorang wanita memuat naik kenyataan di Twitter kerana perlu membayar RM100 semasa makan bersama suaminya di sebuah kedai makan di tepi jalan Leban Chondong, Kuala Rompin.

Wanita itu memuat naik resit bayaran dan gambar nasi campur bersama dua ekor udang galah bersama kenyataan ‘weh memang gini ke kedai ni? ke laki aku makan ikan duyung’ dan status itu mendapat pelbagai reaksi netizen. – BERNAMA

Kategori