Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hukuman Gantung Khabib, McGregor...

LOS ANGELES - Bintang seni mempertahankan diri campuran, Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor...

Kes Najib & Irwan...

KUALA LUMPUR - Kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan...

Kisah Cinta Sejati Pengisi...

PASANGAN bercinta atau suami isteri selalu percaya, mereka miliki cinta sejati. Perasaan inilah...

Misi Mencari Muhammad Hawari...

PUTRAJAYA: Operasi mencari menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Muhammad Hawari Hashim,...

NASA Lancar Kapal Angkasa Kutip Habuk Cakerawala

MIAMI – Kapal angkasa pertama Amerika Syarikat (AS) yang dibina khusus untuk mengutip habuk angkasa lepas atau asteroid dengan mengelilingi matahari dan kembali membawa sampel ke bumi, dilancarkan hari ini.

Misi selama tujuh tahun itu bertujuan untuk mendedahkan perkara sebenar kepada sistem solar, demikian menurut Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA).

Kapal angkasa kawalan jauh itu yang dinamakan OSIRIS-REx itu dilancarkan tepat pukul 7.05 malam waktu tempatan (2305 GMT) dari Cape Canaveral, Florida.

Lebih 8,000 orang berkumpul menyaksikan pelancaran roket Atlas V yang membawa kapal angkasa berkenaan.

Pesawat yang menelan belanja AS$800 juta itu kini dalam perjalanan menuju Bennu, di cakerawala berhampiran bumi yang saiznya seperti sebuah gunung kecil.


Bennu dipilih dari kira-kira 500,000 asteroid dalam sistem solar kerana laluan orbitnya berdekatan dengan bumi yang mengelilingi matahari yang dianggap saiz yang tepat untuk penyelidikan sains serta satu daripada asteroid tertua yang dikenali NASA.

Matlamat utama misi OSIRIS-REx ialah mengumpulkan habuk dan serpihan dari permukaan asteriod pada tahun 2020, dan kembali ke bumi pada tahun 2023 untuk penyelidikan lebih mendalam. – AFP/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori