Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Comel! Abby Dan Norman...

MESKIPUN sudah beberapa tahun bercerai, Norman Hakin dan Abby Abadi masih mengekalkan hubungan...

Khabar Angin Azhar Azizan...

SHAH ALAM - Khabar angin yang mendakwa Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan...

Akademik Bolasepak JDT Berkeluasan...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) memaklumkan pembinaan Akademi Bolasepak Johor...

Tiada Individu Boleh Digelar...

KOTA BHARU - Istana Kelantan memaklumkan tiada sesiapa boleh digelar Permaisuri Kelantan, Raja...

Napsiah Pejuang UMNO, Tokoh Melayu Terbilang

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Pengerusi Tetap Wanita UMNO Tan Sri Napsiah Omar yang meninggal dunia petang tadi.

Najib, dalam catatan di laman Twitter beliau hari ini, menyifatkan Napsiah sebagai seorang pejuang UMNO dan Tokoh Melayu Terbilang.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Saya masih ingat kata-kata Allahyarhamah bahawa yang menjadikan UMNO hidup dan kuat adalah ahli-ahlinya. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” kata Najib yang juga Presiden UMNO.

Napsiah, 74, meninggal dunia pada 6.10 petang di rumah anak lelakinya di Ampang Jaya, dekat sini akibat barah hati.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Melang, Kuala Pilah sebelum solat Zohor esok. – BERNAMA

Kategori