Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Takiyuddin Gagal Bezakan Tahun...

DALAM posting terbaru, Najib sindir Takiyuddin kerana tidak dapat membezakan peristiwa darurat tahun...

Zizan Razak Buka Kedai...

WALAUPUN dirinya terpalit dengan pelbagai cerita kontroversi, itu tidak menghalang pelawak terkenal, Zizan...

Pengawal Didakwa Lakukan Serangan...

PUTRAJAYA - Seorang pengawal keselamatan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Jenayah...

Perak FC Dijual

IPOH: Tidak sampai lima bulan pengambilalihan Perak FC oleh Impact Media & Communication...

Nantikan Prototaip Kereta Terbang Oktober Ini

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan menjangkakan penghasilan prototaip mobiliti udara atau lebih popular dengan gelaran kereta terbang akan dapat dilancarkan seawal Oktober ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof pada masa sama menjelaskan projek pembangunan prototaip tersebut tidak melibatkan satu sen pun duit rakyat.

“Ia adalah inisiatif daripada beberapa syarikat persendirian. Kementerian juga kena menjalinkan hubungan dengan sektor swasta atau persendirian agar perkembangan industri ini selari dengan peringkat antarabangsa,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh (Pas-Pasir Puteh) yang bertanyakan perkembangan model prototaip kereta terbang.

Mohd. Redzuan pada masa sama menjelaskan, kementeriannya komited untuk menyediakan persekitaran yang baik bagi membolehkan industri mobiliti berkembang di Malaysia agar membolehkan negara tidak ketinggalan dalam teknologi terkini.

Kategori