Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Remaja Didakwa Rogol Gadis...

KAMPAR - Seorang remaja lelaki yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...

PRK Diadakan Untuk 2...

GEORGE TOWN - Dua pilihan raya kecil mungkin diadakan di Pulau Pinang selepas...

Dua Beradik Maut Motosikal...

KOTA SAMARAHAN - Dua beradik maut apabila motosikal dinaiki mereka hilang kawalan dan...

Akta LLM Akan Dipinda...

BAGAN SERAI - Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980 akan dipinda sebagai usaha...

Namakan Calon PM Atau Cadang Parlimen Dibubarkan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen yang dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini, diberi pilihan sama ada menamakan calon Perdana Menteri kelapan atau mencadang Parlimen dibubarkan

Perkara itu dimaklumkan oleh Naib Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), Datuk Masir Kujat, kepada pemberita selepas menghadiri sesi berkenaan di Istana Negara, di sini.

“Saya memilih untuk menamakan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri kelapan, selari dengan pendirian parti. Hanya satu nama diberikan dan kita tetap dengan sokongan kepada Tun (Dr. Mahathir).

“Ahli Parlimen diminta menghadap Yang di-Pertuan Agong seorang demi seorang. Setiap orang mengambil masa antara dua hingga tiga minit, bergantung pada keadaan,” katanya.

Beliau ialah antara 90 Ahli Parlimen dipanggil menghadap Al-Sultan Abdullah pada sesi perjumpaan bersemuka di Istana Negara, hari ini, bertujuan menentukan sokongan kepada pihak tertentu bagi membentuk kerajaan baharu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said, turut menjelaskan setiap wakil rakyat perlu menamakan seorang calon Perdana Menteri atau mencadangkan supaya Parlimen dibubarkan.


“Namun, cadangan kita adalah rahsia. Justeru, terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengambil tindakan yang perlu hasil temu bual dengan semua wakil rakyat. Setiap seorang (diberi) antara tiga hingga lima minit saja,” katanya.

Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof, pula mengaku beliau menamakan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri kelapan.

“Saya menulis nama Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri. Tidak ada perbincangan, cuma mengisi borang hendak memilih siapa sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak yang turut ditemui selepas sesi itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut, sebaliknya berseloroh dengan menyatakan ia adalah ‘rahsia’. – BH Online

Kategori