Nama Menteri Perpaduan, Tapi Staf India Sahaja?

PELIK… Senarai petugas Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy yang terajui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi…

PELIK… Senarai petugas Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy yang terajui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional kini tular menerusi media sosial.

Ini berikutan keanggotaannya dikatakan langsung tidak mencerminkan kewujudan masyarakat majmuk pelbagai kaum di negara ini apabila didapati hanya disertai etnik India sahaja seolah-olah kaum lain tidak ada di Malaysia.

Rata-rata netizen persoal kenapa kedudukan di Pejabat Menteri itu bagi jawatan Setiausaha Sulit Kanan, Setiausaha Politik, Pegawai Tugas-Tugas Khas, Setiausaha Akhbar dan Setiausaha Sulit hanya diduduki satu kaum sahaja.

Ia sekali gus bongkar wajah sebenar bekas peguam yang pernah menjadi pemimpin pertubuhan haram, Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) disertai lebih 30 organisasi bukan kerajaan pro-Pakatan Harapan (PH).

Pengguna Twitter bernama Ed Dev berkata “Perlu tindakan serius kerajaan PH. Tidak sesuai objektif perpaduan. Perlu ada banyak kaum lagi di situ, jika tidak ia akan jadi Kementerian Perpaduan untuk kaum India sahaja.”

Kebanyakan netizen berpendapat Pejabat Menteri itu perlu memberi contoh yang terbaik bagi mewakili imej kepelbagaian kaum di negara ini sekiranya benar-benar hendak memupuk semangat perpaduan rakyat Malaysia.

“Nama jabatan ini adalah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional. Memang sungguh nampak perpaduan kaum di kalangan pegawainya,” kicau seorang lagi pengguna Twitter, Don Juan Deryezal dalam nada sindiran.

Waytha Moorthy sebelum ini terima kecaman pelbagai pihak berhubung isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang disifatkan antisemangat Perlembagaan Persekutuan.

Penularan kembali video wawancara eksklusif beliau kira-kira 10 tahun lalu di Belanda juga menimbulkan polemik dan kemarahan daripada masyarakat umum terutama pemimpin Melayu dalam kalangan UMNO dan PAS.

Ini kerana rakaman lama tersebut dilihat telah berjaya memanipulasikan beberapa fakta berkaitan layanan kerajaan Barisan Nasional terhadap masyarakat minoriti India di negara ini. – Agensi/Mynewshub.TV

Loading...