Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Terengganu Bakal Wujud TKPM...

Kuala Terengganu : Sebanyak 128 ladang ternakan ayam di negeri ini yang menghasilkan...

Ronaldo, Messi Lawan Lagi...

ZURICH - Jentera serangan kelab Real Madrid, Cristiano Ronaldo disahkan bakal bersaing hebat...

Vida Pertahan Diri Isu...

TINDAKAN pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Vida asyik 'mandi' duit dan barang berlian...

Tokan Dadah Dipenjara 30...

Tawau : Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun...

Nak Tegur Boleh, Tapi Bukan Soal Privasi – Ara

MUNGKIN disebabkan usianya yang masih mentah membuatkan penyanyi Ara Johari seperti tidak dapat menerima teguran beberapa netizen yang mungkin dilihat agak prihatin dengan dirinya.

Tapi bagi Ara, dia sememangnya tidak gemar jika ada mana-mana individu yang menyebut tentang perihal peribadi keluarga dan privasi serta kariernya sebagai seorang penyanyi.

“Kadang-kadang saya bertindak dahulu kemudian baru berfikir disebabkan tidak dapat mengawal emosi.

“Emosi saya bergantung kepada keadaan tapi kalau perkara-perkara kecil saya akan berfikir dahulu selepas itu baru lakukan sesuatu.

Apa yang boleh buat saya marah dan tidak suka orang menyentuh perihal keluarga, privasi dan kerjaya saya,” katanya ketika ditemui oleh pihak mStar Online.

Hal ini kerana sebelum ini, penyanyi berusia 21 tahun itu teruk dikecam oleh netizen disebabkan memuat naik video sedutan filem Avengers: Infinity War di akaun sosial Instastorynya.

Malah, dia juga dilihat seperti sengaja menimbulkan kemarahan netizen walaupun sudah beberapa kali ditegur oleh netizen atas perbuatannya itu.

Namun sememangnya sukar bagi dirinya untuk menerima teguran segelintir netizen yang sewenang-wenangnya menggunakan perkataan kesat ke atas dirinya.

Disebabkan insiden itu, Ara telah memohon maaf secara terbuka dan berjanji untuk lebih berhati-hati dalam berkongsi sesuatu di laman Instagram.


“Saya akan lebih berhati-hati, sekarang orang akan melihat semua tindak-tanduk yang saya lakukan setiap masa.

“Salah saya akan cepat tersebar dan selepas ini saya akan cuba memperbaiki diri ke arah lebih baik.

“Saya bukannya takut dikecam tetapi risaukan persepsi orang terhadap diri saya. Orang akan pandang atas bawah lepas kita buat silap,” ujarnya lagi.

Bersempena bulan Ramadan ini, Ara telah memperlahankan karier nyanyiannya dan akan menumpukan sepenuh perhatian pada perniaga katering yang sedang diuruskan olehnya.

Bagaimanapun jika ada menerima tawaran membuat persembahan, dia masih akan pergi cuma diperlahankan sahaja.

“Bulan puasa ini saya perlahankan aktiviti seni sebab nak fokus pada perniagaan sahaja.

“Tapi ada juga beberapa tawaran untuk membuat persembahan saya terima. Cuma perlahankan sahaja.

“Insya-Allah selepas hari raya, saya kembali aktif semula,” tambahnya lagi. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori