Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Penonton Tak Senonoh, Tak...

JOGET Bumbung merupakan satu tarian terkenal di Bali, Indonesia yang pada mulanya dibawa...

2,500 Anggota ATM Sedia...

KOTA BHARU - Seramai 2,500 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam...

Jadikan Kapit Bandar Pejalan...

KAPIT – Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr James Jemut Masing hari...

Dua Dalang Rusuhan, Lolos...

BANDAR BAHARU: Polis menahan dua daripada empat dalang yang dipercayai mencetuskan rusuhan sebelum...

Nak Serah Kerusi Pada PAN Tak Mungkin – Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR – “Nak serah kerusi PAS kepada Parti Amanah Negara (PAN) tak mungkin.”

Itu penegasan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang akan berlangsung pada 18 Jun depan.

Katanya, PAS tidak akan menyerahkan kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar untuk ditandingi PAN hanya kerana mahu mengelakkan pertandingan tiga penjuru dengan Barisan Nasional (BN).

“PAS setuju satu lawan satu. Pakatan Harapan tak perlu masuk bertanding,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Media-media propembangkang sejak beberapa hari lalu mengeluarkan pelbagai berita yang meminta supaya PAS tidak bertanding dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Ia bertujuan memberi laluan PAN yang mewakili Pakatan Harapan untuk bertanding satu lawan satu dengan BN.


DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAN menubuhkan Pakatan Harapan pada tahun lalu bagi menyingkirkan PAS daripada gabungan parti pembangkang.

Tuan Ibrahim seterusnya berkata, tidak mungkin PAS mahu memberi kerusi PRK kali kepada PAN untuk ditandingi sedangkan DAP pun tidak boleh berkompromi dengan PKR.

“Saya harap blok pembangkang (Pakatan Harapan) sedar kerusi yang dipunyai oleh PAS mereka tidak perlu ganggu,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori