Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Amah Jijik, Campur Air...

MENJIJIKKAN....seorang amah telah dirakamkan melakukan perbuatan jijik terhadap majikannya di Kuwait dengan mencampurkan...

Lelaki Parah Ditetak Dalam...

Petaling Jaya : Angkara dendam lama, lelaki parah ditetak empat lelaki dalam kejadian...

Amaran Angin Kencang, Laut...

KUALA LUMPUR - Angin kencang Barat Daya berkelajuan 40 hingga 50 km sejam...

Abu Sayyaf Penggal Tebusan...

MANILA - Militan Abu Sayyaf menyiarkan satu rakaman video yang memaparkan anggota kumpulan...

Nak Cantik Macam Neelofa? Amalkan 4 Tips Ini!

TIDAK dinafikan, kecantikan dan keanggunan personaliti televisyen bernama Neelofa ini menjadi dambaan setiap wanita di negara kita.

Meskipun dikurniakan rupa paras yang cantik secara semulajadi, namun ‘anugerah’ itu haruslah dihargai dan dijaga dengan baik.

Oleh itu, usahawati jenama tudung Naelofar itu telah berkongsikan 4 amalan untuk menjaga kecantikan dirinya, jadi korang bolehlah ‘follow’ kalau nak cantik macam dia okey!:

1. Minum banyak air kosong

Lofa telah mengamalkan minum air kosong dalam kuantiti yang banyak sejak tahun 2009 lagi ketika dia dalam proses menurunkan berat badan. Katanya, apabila sudah terbiasa minum air kosong sahaja, secara automatik tekak anda akan ‘reject’ air yang lain. Tambahan pula, air putih memang lebih efektif menghilangkan dahaga berbanding air manis.

2. Minyak argan untuk rambut lembap & sihat

Perlu lincah dan aktif di luar sehingga berbelas jam lamanya sehari adakalanya menjadi rambut wanita berhijab menjadi kusut dan kering. Minyak argan amat berkesan untuk melembapkan rambut dan menjadi pilihan Lofa oleh kerana dia tidak mempunyai masa untuk ke salun.


3. Amalkan rawatan mandi ais

Rupanya ini rahsia besar Neelofa: mandi ais atau ice therapy! Rawatan ini membantu menguatkan tulang dan kulit serta mengurangkan penyakit. Kulit nampak berbeza selepas rawatan dan nampak segar walaupun tanpa secalit mekap!

4. Bersenam, bersenam, bersenam!

Melihatkan personalitinya yang lemah lembut dan e;egan, siapa sangka Lofa sebenarnya suka bersukan? Wanita berusia 28 tahun ini suka bermain badminton, berenang dan kick boxing, sekurang-kurangnya tiga atau empat kali seminggu untuk mengeluarkan peluh. Selain boleh detoks, kulit juga akan glowing gitu.

Mudah kan tips kecantikan yang diamalkan Neelofa ni? Jika dia yang mempunyai jadual harian yang amat padat itu juga boleh mempunyai masa untuk menjaga kecantikannya, pasti wanita lain juga boleh! – MYNEWSHUB.CC

Kategori