Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Takut Gemuk, Pengantin Suruh...

SEPASANG pengantin dari China membuatkan tetamu di majlis bersejarah mereka tergelak besar apabila...

Cari Jalan UMNO-Bersatu Bertaut...

JOHOR BAHRU - UMNO tidak pernah menutup ruang untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia...

Zahiril Terkejut Diminta Mencarut

PELAKON, Zahiril Adzim, terkejut apabila diminta mencarut dalam drama terbaru lakonannya, KL Gangster...

Nik Abduh Bidas MB...

KUALA LUMPUR - Nikmat suara adalah fitnah ciptaan Allah S.W.T untuk menguji hambanya...

PM Ucap Tahniah Kepada Jaguh Moto3 Khairul Idham

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi yang meraih kemenangan podium pada perlumbaan motosikal Grand Prix (GP) Jerman di Litar Sachsenring semalam.

“Tahniah kepada Khairul Idham yang menang perlumbaan Moto3 di Grand Prix Jerman! Teruskan usaha untuk raih banyak lagi kejuaraan dan harumkan nama negara!” kata Najib dalam catatan di laman Twitter hari ini.

Ia merupakan kemenangan kedua buat pelumba berusia 17 tahun yang mewakili Honda Team Asia itu selepas kejayaan di GP Argentina pada April lepas.

Anak kelahiran Kampung Gajah, Perak itu membuktikan beliau memang ‘Raja Litar Basah’ apabila terus memimpin perlumbaan sehingga tamat dengan catatan masa 47 minit 07.763 saat.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi pelumba dari Itali, Andrea Locatelli dari pasukan Leopard Racing dan Enea Bastianini mewakili pasukan Gresini Racing.


Kemenangan itu membolehkan Khairul Idham berada di tempat ke-10 keseluruhan selepas mengumpul 54 mata. Pelumba Afrika Selatan, Brad Binder dari pasukan Red Bull KTM Ajo masih mendahului dengan 159 mata. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori